Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Zaman sekarang ni, masih terdapat ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengambil insurans. Ada yang kata masih tidak perlukan. Ada juga yang cakap harga bulanan yang terlalu mahal. Adakah anda semua tahu tentang jenis-jenis insurans? Apakah yang membuatkan anda tidak mahu mengambil insurans? Tahukah anda apa itu insurans? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang apakah yang membuat anda tidak mengutamakan pengambilan insurans bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed MYS (Assistant Manager, New Business Model) di FWD Group pada 25 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Takaful manakah yang paling berbaloi dan kurang rm100-rm160 sebulan

2y ago

Semestinya FWD Takaful dengan pelbagai pelan yang menarik dan perlindungan lebih menyeluruh. Dengan anggaran RM160, anda mampu mendapatkan perlindungan hibah sehingga RM500,000 beserta perlindungan penyakit kritikal sebanyak RM250,000. Namun bergantung pada umur kemasukan anda. Perlindungan takaful yang dipilih haruslah bersesuaian dengan kemampuan aliran tunai anda serta keperluan semasa dan masa depan. Yang pasti, perlindungan takaful mampu meringankan beban apabila ditimba musibah tidak diingini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pakar Perunding Produk kami di Ibu Pejabat 1300 13 7988.