Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Zaman sekarang ni, masih terdapat ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengambil insurans. Ada yang kata masih tidak perlukan. Ada juga yang cakap harga bulanan yang terlalu mahal. Adakah anda semua tahu tentang jenis-jenis insurans? Apakah yang membuatkan anda tidak mahu mengambil insurans? Tahukah anda apa itu insurans? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang apakah yang membuat anda tidak mengutamakan pengambilan insurans bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed MYS (Assistant Manager, New Business Model) di FWD Group pada 25 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa pelan takaful insurance yang paling hot dan releven dengan orang Malaysia.

2y ago

Pelan paling "hot" semestinya pelan seperti perlindungan penyakit kritikal dan juga Hibah! Perlindungan penyakit kritikal meringankan beban anda dengan pampasan kewangan di tangan anda ketika didiagnoskan dengan penyakit tersebut. Hibah pula meringankan beban keluarga yang kita tinggalkan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. Di FWD Takaful, kami bersedia membantu anda dengan pakej pelan takaful yang memenuhi kehendak anda.