Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Zaman sekarang ni, masih terdapat ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengambil insurans. Ada yang kata masih tidak perlukan. Ada juga yang cakap harga bulanan yang terlalu mahal. Adakah anda semua tahu tentang jenis-jenis insurans? Apakah yang membuatkan anda tidak mahu mengambil insurans? Tahukah anda apa itu insurans? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang apakah yang membuat anda tidak mengutamakan pengambilan insurans bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed MYS (Assistant Manager, New Business Model) di FWD Group pada 25 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ada tak apa2 takaful yg cover baby baru lahir? Apa plan berbaloi untuk mummies ambil untuk baby?

2y ago

Tahniah untuk kelahiran anak anda. Perlindungan untuk si comel amat penting memandangkan keadaan persekitaran kita sekarang lebih mencabar. Untuk si comel, saya galakkan anda untuk mengambil Kad Perubatan Takaful. Untuk pengetahuan, apabila seseorang telah disahkan menghidapi sesuatu penyakit, maka permohonan untuk mendapatkan Kad Perubatan pasti bermasalah. Untuk tidak menyesal di kemudian hari, perlindungan seawal yang mungkin amatlah penting bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan'". Di FWD Takaful, kami menyediakan kad perubatan seperti FWD Medical Care+ yang melindungi bayi berusia satu bulan ke atas atau FWD Care Direct untuk perlindungan kanser sekeluarga dengan sumbangan mampu milik.