Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Zaman sekarang ni, masih terdapat ramai yang cuba untuk mengelakkan diri daripada mengambil insurans. Ada yang kata masih tidak perlukan. Ada juga yang cakap harga bulanan yang terlalu mahal. Adakah anda semua tahu tentang jenis-jenis insurans? Apakah yang membuatkan anda tidak mahu mengambil insurans? Tahukah anda apa itu insurans? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda tentang apakah yang membuat anda tidak mengutamakan pengambilan insurans bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed MYS (Assistant Manager, New Business Model) di FWD Group pada 25 Mei 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Mr. Wan Mokhsen Wan Mohammed di FWD Group.
11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam.ada ke tkaful yg covered pregnancy? kalau ada apa contoh sakit yg dicover? cover ibu dan anak kah?

2y ago

Tahniah kepada pasangan yang sedang menanti kehadiran cahaya mata. Ada banyak pelan di pasaran yang melindungi ibu dan anak ketika proses kehamilan. Ketika hamil, pelbagai komplikasi minor dan major boleh berlaku. Pelan takaful adalah sebagai "back-up" bagi pasangan ketika memerlukan. Tetapi di FWD Takaful, kini masih belum ada pelan yang khas melindungi kedua-dua ibu dan anak sewaktu masih hamil. Jika anda apa-apa persoalan, anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari agen kami di talian 1300 13 7988. Kami mendoakan agar kandungan anda sihat dan comel sokmo!