11 Balas

TapFluencer

Saya hanya mencarum 1 sahaja takaful. Takaful Pekerja di bawah syarikat takaful pertama di Malaysia. Ini saya mencarum pada umur 20-an selepas graduasi dan bekerja sementara. Masih mencarum hingga sekarang sebab mampu bayar dlm puluhan ringgit shj. Takaful lain, dah tak boleh nak beri komitmen mencarum & sudah lapsed kerana tidak berkemampuan utk meneruskannya. Caruman ratusan ringgit juga. Sekarang, saya tidak bekerja. Suami yg bayarkan caruman takaful² lain utk saya.

Berakit-rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Peribahasa lama ini mencerminkan pengorbanan yang kita lakukan. Saya akui, sesetengah pelan perlindungan di luar sana mungkin sedikit mahal dari kemampunyan kita. Namun, sebagai pengguna, perlindungan yang kita perlukan haruslah sesuai dengan kemampuan sedia ada serta mementingkan keperluan semasa dan masa hadapan. Di FWD Takaful, kami mampu membantu anda meringankan beban komitmen takaful bulanan anda. Sebagai contoh, perlindungan hibah sekeluarga (ayah, ibu dan dua orang anak) sebanyak RM100,000 setiap seorang melalui FWD Protect Direct hanya serendah RM50 sebulan. Jangan risau, kami bersedia membantu anda. InshaAllah. Hubungi kami di 1300-13-7988

kalau ambik takaful, selalunya kena tggu tmpoh matang bru la dicover..kalau trrjadi prkara xdiingini sblm tmpoh matang polisi, sapa mampu nk pay n claim..bknnya murah..

Betul. Konsep takaful adalah diibaratkan berkongsi risiko dan disebabkan itulah, untuk berlaku adil kepada semua penyumbang di dalam tabung Tabarruq, tempoh menunggu diterapkan kepada semua. Pastinya, sesiapa yang pernah membuat dan mendapat tuntutan takaful tidak pernah merungut merasa rugi kerana jumlah yang disumbangkan secara bulanan atau tahunan adalah lebih sikit berbanding dengan jumlah yang diterima.

VIP Member

pernah amek takaful selama 7 tahun tapi mcm buang duit , dh terminated sebab sakit sekarang fully refer pakar hospital gov

Kalau dah ada sakit, memang susah nak apply insuran atau takaful. Sebab tu kena apply sebelum disahkan sakit. Dan kita sebagai pengguna kena tanya agen betul2 apa cover apa tak cover. Dan kepada agen2, mesti berlaku jujur sesungguhnya mencari rezki dengan keberkatan. Semoga urusan dipermudahkan untuk semua.

salam.ada ke tkaful yg covered pregnancy? kalau ada apa contoh sakit yg dicover? cover ibu dan anak kah?

Tahniah kepada pasangan yang sedang menanti kehadiran cahaya mata. Ada banyak pelan di pasaran yang melindungi ibu dan anak ketika proses kehamilan. Ketika hamil, pelbagai komplikasi minor dan major boleh berlaku. Pelan takaful adalah sebagai "back-up" bagi pasangan ketika memerlukan. Tetapi di FWD Takaful, kini masih belum ada pelan yang khas melindungi kedua-dua ibu dan anak sewaktu masih hamil. Jika anda apa-apa persoalan, anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari agen kami di talian 1300 13 7988. Kami mendoakan agar kandungan anda sihat dan comel sokmo!

Ada tak apa2 takaful yg cover baby baru lahir? Apa plan berbaloi untuk mummies ambil untuk baby?

Tahniah untuk kelahiran anak anda. Perlindungan untuk si comel amat penting memandangkan keadaan persekitaran kita sekarang lebih mencabar. Untuk si comel, saya galakkan anda untuk mengambil Kad Perubatan Takaful. Untuk pengetahuan, apabila seseorang telah disahkan menghidapi sesuatu penyakit, maka permohonan untuk mendapatkan Kad Perubatan pasti bermasalah. Untuk tidak menyesal di kemudian hari, perlindungan seawal yang mungkin amatlah penting bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan'". Di FWD Takaful, kami menyediakan kad perubatan seperti FWD Medical Care+ yang melindungi bayi berusia satu bulan ke atas atau FWD Care Direct untuk perlindungan kanser sekeluarga dengan sumbangan mampu milik.

Apa pelan takaful insurance yang paling hot dan releven dengan orang Malaysia.

Pelan paling "hot" semestinya pelan seperti perlindungan penyakit kritikal dan juga Hibah! Perlindungan penyakit kritikal meringankan beban anda dengan pampasan kewangan di tangan anda ketika didiagnoskan dengan penyakit tersebut. Hibah pula meringankan beban keluarga yang kita tinggalkan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. Di FWD Takaful, kami bersedia membantu anda dengan pakej pelan takaful yang memenuhi kehendak anda.

Apa plan takaful yang disyorkan untuk pasangan yang planning untuk ada anak?

Perancangan untuk keluarga bukan suatu yang sulit terutamanya apabila kita merancang untuk menerima ahli baru keluarga kita. Pelan takaful semestinya mempunyai banyak pilihan yang bersesuaian. Di FWD Takaful, kami mempunyai banyak pelan yang memberi jaminan kepada zuriat kita seperti FWD Protect Direct (Hibah) atau FWD Family First. Hubungi kami untuk bantuan lanjut :)

Takaful manakah yang paling berbaloi dan kurang rm100-rm160 sebulan

Semestinya FWD Takaful dengan pelbagai pelan yang menarik dan perlindungan lebih menyeluruh. Dengan anggaran RM160, anda mampu mendapatkan perlindungan hibah sehingga RM500,000 beserta perlindungan penyakit kritikal sebanyak RM250,000. Namun bergantung pada umur kemasukan anda. Perlindungan takaful yang dipilih haruslah bersesuaian dengan kemampuan aliran tunai anda serta keperluan semasa dan masa depan. Yang pasti, perlindungan takaful mampu meringankan beban apabila ditimba musibah tidak diingini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pakar Perunding Produk kami di Ibu Pejabat 1300 13 7988.

Ada tak apa2 insuran plan yang bagus untuk satu keluarga?

Alhamdulillah, anda nampaknya membuat perancangan perlindungan terbaik untuk keluarga anda. Untuk perlindungan keluarga, digalakkan untuk mengambil perlindungan perubatan dan juga nyawa (Hibah). Malang tidak berbau. Di FWD Takaful, kami turut ada perlindungan serendah RM11.27 sebulan seperti FWD Big 3 Critical Illness, FWD Protect Direct (Hibah) serta kad perubatan bersama agen-agen hebat kami. Hubungi 1300-13-7988 untuk pertanyaan lanjut

Takaful dengan insurance ni sama kah?

Takaful dengan insurans bermatlamat sama iaitu memberi perlindungan kepada kita di saat kita memerlukan. Perlindungan Takaful adalah berkonsepkan patuh Shariah manakala insurans adalah sebaliknya. Di FWD Takaful, kami menyediakan perlindungan patuh Shariah dengan kadar sumbangan yang sangat berpatutan. Hubungi Pakar Perunding kami di FWD Takaful di 1300-13-7988!

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan