Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Jangkitan kuman yang dikenali sebagai Group B Streptococcus atau GBS semasa hamil sememangnya mendatangkan kebimbangan para ibu. Ia mungkin kes yang sangat jarang berlaku, namun adalah penting untuk anda tahu sedikit info mengenainya. Penting untuk anda tahu sama ada ia berbahaya pada anda dan janin atau tidak, risiko yang mungkin berlaku dan cara mengesan sama ada ibu dijangkiti GBS atau tidak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tanya segala persoalan anda. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, tanya soalan anda tentang penyakit group B streptococcus (GBS) semasa hamil bersama pada 16 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi Dr. 1 soalan dari saya.. sekiranya mengandung anak kedua sy boleh terkena GBS lagi sekali ke? sbb kandungan pertama sy GBS+.. mohon pencerahan dari Dr ya.. terima kasih.. 🙂

3y ago

Bukan semua ibu mengandung akan kekal positive ataupun akan menjadi GBS carrier seumur hidup. 75% akan mendapat jangkitan kuman hanya sekali dalam sehidup. Sekiranya bayi pertama sihat dan tidak ada jangkitan kuman yang teruk (GBS sepsis), kemungkinan besar (75%) tidak akan ada GBS pada kandungan seterusnya dan adalah digalakkan untuk screen and test setiap kali mengandung, khususnya permulaan mengandung melalui urine culture and waktu 36 minggu mengandung dengan low vaginal swab.