Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Jangkitan kuman yang dikenali sebagai Group B Streptococcus atau GBS semasa hamil sememangnya mendatangkan kebimbangan para ibu. Ia mungkin kes yang sangat jarang berlaku, namun adalah penting untuk anda tahu sedikit info mengenainya. Penting untuk anda tahu sama ada ia berbahaya pada anda dan janin atau tidak, risiko yang mungkin berlaku dan cara mengesan sama ada ibu dijangkiti GBS atau tidak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tanya segala persoalan anda. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, tanya soalan anda tentang penyakit group B streptococcus (GBS) semasa hamil bersama pada 16 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

GBS tu apa ya..maaf xtau

3y ago

Adalah penting untuk setiap ibu mengandung untuk ketahui tentang GBS, singkatan kepada Group B Streptococcus. GBS adalah punya utama yang menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir and yang digelar congenital pneumonia. GBS ini jugak dikaitkan dengan kelahiran pra-matang and PPROM dimana air ketuban pecah sebelum waktu bersalin. GBS boleh dikesan awal dengan swab test and bole dirawat dengan antibiotik untuk kurangkan risiko jangkitan kepada bayi.