Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Jangkitan kuman yang dikenali sebagai Group B Streptococcus atau GBS semasa hamil sememangnya mendatangkan kebimbangan para ibu. Ia mungkin kes yang sangat jarang berlaku, namun adalah penting untuk anda tahu sedikit info mengenainya. Penting untuk anda tahu sama ada ia berbahaya pada anda dan janin atau tidak, risiko yang mungkin berlaku dan cara mengesan sama ada ibu dijangkiti GBS atau tidak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk tanya segala persoalan anda. Untuk Sesi Tanya Pakar kali ini, tanya soalan anda tentang penyakit group B streptococcus (GBS) semasa hamil bersama pada 16 March 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Unit lead and Maternal Fetal Medicine, Consultant
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Macam mana nak tahu ada GBS?? Apa tanda2 nyaa

3y ago

Tanda-tanda jangkitan GBS adalah seperti keputihan, pecah air ketuban, demam waktu bersalin, bayi dulu yang ada jangkitan kuman GBS ataupun kelahiran pra-matang. Tetapi, kebanyakan ibu-ibu mengandung tidak akan ada apa-apa tanda ataupun symptom dan itulah sebabnya adalah penting untuk sedar tentang GBS and berbincang dengan doktor tentang GBS screening.