13 Balas

Macam mana nak tahu ada GBS?? Apa tanda2 nyaa

Tanda-tanda jangkitan GBS adalah seperti keputihan, pecah air ketuban, demam waktu bersalin, bayi dulu yang ada jangkitan kuman GBS ataupun kelahiran pra-matang. Tetapi, kebanyakan ibu-ibu mengandung tidak akan ada apa-apa tanda ataupun symptom dan itulah sebabnya adalah penting untuk sedar tentang GBS and berbincang dengan doktor tentang GBS screening.

Apa punca ibu hamil boleh kena GBS? Dan ada cara tak naak rawat?

Terdapat bakteria di badan kita di merata tempat dan biasanya ini adalah normal dan tidak menyebabkan masalah. Contohnya, terdapat bakteria di mulut, usus dan juga kulit manusia. GBS adalah sejenis bakteria yang seringkali dijumpa di vaginal ataupun salur peranakan. Walaupun ini tidak menyebabkan masalah kepada ibu mengandung, bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi sewaktu lahir, yang sering kali digelar congenital pneumonia. GBS bukan penyakit kelamin ataupun dikaitkan dengan kebersihan diri ataupun pemakanan. Cara rawatan adalah untuk check samaada ibu mengandung membawa bakteria ini, dan sekiranya ada, adalah untuk mengambil antibiotik sewaktu melahirkan anak. Sekiranya air ketuban pecah, proses kelahiran perlulah dipercepatkan (induce) berserta pengambilan antibiotik untuk elakkan jangkitan kuman GBS ni kepada bayi yang baru lahir. Bayi jugak kadang-kadang perlu pemantauan dan antibiotiks untuk mengelakkan jangkitan kuman.

GBS tu apa ya..maaf xtau

Adalah penting untuk setiap ibu mengandung untuk ketahui tentang GBS, singkatan kepada Group B Streptococcus. GBS adalah punya utama yang menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir and yang digelar congenital pneumonia. GBS ini jugak dikaitkan dengan kelahiran pra-matang and PPROM dimana air ketuban pecah sebelum waktu bersalin. GBS boleh dikesan awal dengan swab test and bole dirawat dengan antibiotik untuk kurangkan risiko jangkitan kepada bayi.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan