Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ibu bapa seeloknya peka dengan sebarang kelainan pada anak mereka, kerana anak kecil memang tidak tahu jika sesuatu berlaku pada diri mereka. Salah satunya adalah Autisme. Penyakit autisme tidak menunjukkan sebarang kecacatan fizikal tetapi ia menganggu perkembangan mental. Keseriusan ciri autisme ini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap di mana sesetengah ibu bapa mungkin tidak berapa tahu mengenainya. Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan terhadap anak anda berkaitan penyakit Autisme, anda sewajibnya mengikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengesanan awal autisme dan cara untuk menjaganya bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit di UKM Children's Specialist Hospital,Psychiatry Department pada 19 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Fairuz Nazri bt Abd Rahman, Head of Child & Adolescent Psychiatry Unit d
7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

anak sy umur 6 tahun, sy tak tau dia ok ke x. masa sekolah tadika cikgu sering mengadu dia suka ganggu pelajar lain taknak belajar. suka belari2 dlm kelas mcm hiperaktif walaupn dah kena marah dia mcm tak pedulik. bila balik ayahnya marah n bagi mcm2 nasihat. besok besoknya dia ok kejap lepas tu buat lagi. sy risau nak masukkan dia darjah 1 akan dtg ni tapi xtahu nak rujuk pada siapa. bab eye contact , bertutur dia ada masalah masa umur 1-2 tahun tapi skarang dia ok. dia autisme ke? ada autisme jenis mcm anak sy tak? btw dia seorang yg sgt bijak. terlalu bijak lebih2 lagi matematik. nama negara2 1 dunia pun dia boleh hafal 😂. dia xde masalah bab belajar cuma sy risau bab dia gangu kawan2.

Baca lagi