15 Balas

VIP Member

Hai dr....Baby bawah setahun tidak diberikan ubat jika batuk..apakah langkah ibu bapa perlu buat bila baby dah batuk selsema lebih 2 minggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pn Nurul Ain, Hai, sorry to hear that. Jika bayi sudah batuk melebihi 1 minggu, harus jumpa doctor untuk pastikan ia bukan disebabkan jangkitan kuman bakteria, kerana jangkitan virus selalunya akan bertambah baik dalam masa seminggu. Bagi merawat selesema, boleh gunakan nasal irrigation menggunakan saline dan kaedah menyedut hidung menggunakan mucous aspirator dan melakukan chest percussion untuk bayi yang batuk, untuk meredakan kahak.

hi doctor...anak saya batuk selesma umur 8 bulan ,macam mana nak mengatasinya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pn Maznah, bayi kurang dari 2 tahun, boleh menggunakan nasal irrigation menggunakan saline dan kaedah menyedut hidung menggunakan mucous aspirator untuk selesema dan untuk batuk, boleh melakukan senaman fisioterapi dengan chest percussion. Namun begitu, ada ubat selesema yang boleh digunakan untuk bayi kurang 2 tahun, tapi harus dapatkan konsultasi dari doctor untuk menentukan dose dan jenis ubat yang sesuai.

Hi doc nk tanya macam mana nak atasi atau ubati gbs semasa hamil ni?

Trima kasih doc👍👍

Nak tgk ni dekat mana?

Sis nak tengok apa?

👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan