15 minggu

Salam . Nak tanya kalau 15 minggu baby dalam kandungan dah cukup sifat ke? Sebab lama lagi nak nak buat detail scan . Kadang risau juga .#ingintahu #15weeks

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya buat details scan masa kandungan 23weeks plus. Dekat hospital kerajaan sebab saya kategori high risk & rezeki tak kena bayar apa apa😇 Alhamdulillah masa 23weeks tu dah nampak semua & sekali jantina. Saya pun sama macam awak , selagi tak buat details scan , selagi tulah macam macam kita pikir kan. Faham sangat , lagi lagi anak pertama kan. InShaaAllah semuanya akan okay. Rajin rajin amalkan surah Yusuf ye awak if awak muslim & banyak banyak berdoa jugak. Semoga yang baik baik saja untuk awak okies🫶🏻

Baca lagi

saya faham sbb saya pun mcm tu masa mengandung, kalau boleh setiap minggu nak scan nak tgk anak okay tak dlm perut 😂 in shaa Allah, anak baik2 aja dlm jagaan Allah. sentiasa usap2 perut baca doa, ckp dgn baby dan fikir yg baik2. Bila tiap hari buat mcm ni, membantu sgt utk elak kita risau. semoga dipermudah urusan dan sihat keduanya!

Baca lagi

Sebelum masuk tri kedua, sy selalu fikir negatif sbb pengaruh tiktok. Tgk diorg upload anak macamni lah, macamtu lah. Sampai satu tahap, sy nangis sbb sy terlampau risau dekat baby. Then lepastu sy stop dah tgk bende2 yg ada kaitan dengan baby kee pregnant kee. Alhamdulillah, makin positif and kurg fikir bende2 yg macamtu.

Baca lagi

baby klo nx nmpk cukup sifat semua,kena tunggu kandungan dah matang mcm 23-26 weeks+- mcmtu,skrg masih membentuk lg janin awak tu,always thinks positive ok,sbb perkembangan bayi bergantung kpd pemikiran otak kita jgk

fikir yg baik2 doa yg baik2. if sosial media buat awak asyik terfikir benda yg negatif. then stop tengok all sosial media ok.

1y ago

setuju.. doa ibu tu mustajab.. kata2 tu doa, terdetik benda tak elok tu cepat2 istighfar

20weeks above baru cukup sifat. Sebab tu 22 weeks above baru recommended utk buat detailed scan. Its ok mummy. Dont worry doa banyak2 je ☺️ insyaAllah semua ok

doa baik².. jgn serabutkan otak fikir bkn².. bnykkan dekatkan diri pada Allah.. nk cukup sifat tunggu 20weeks keatas scan.. amal surah maryam..

details scan slalu doktor suggest buat 18-24weeks mcm tu. dlu sye buat time 19weeks pun baby kecik je lgi, tp alhamdulillah nampak semua .

Saya rasa usia tu boleh buat nuchal scan sis. Nuchal scan pun antara scan yang kita boleh tahu keadaan anak kita

jangan terlalu fikir macamni wak, doa yang baik ii je fikir yg elok ii je