Baby kerap bangun malam umur 6m

Salam hi nak tanya ibu2 kt sini, baby sy 6 bulan. Dah 2 bulan, waktu malam dia bangun setiap 1 jam kadang2 30minit untuk mnyusu badan sekejap. Dia bangun pula menjerit macam terkejut. Waktu siang masa play time asik garu muka sbb nantuk. Nak tanya normal ke? Sy bf mom direct, sy suri rumah. Kalau normal tkdela sy risau. Kadang2 waktu malam sy trpaksa guna buai sbb letih nak pujuk ragam baby waktu malam 3-4 pagi. Baby sy pun suka garu muka untuk tidur, tapi terlalu lama smpai dia menangis, tiap kali tidur mmg kena bedung tangan. Sy tahu dia nesting tapi tak kesudah. Kalau semua breastmom macam ni, macam mana korang handle dgn tidur tak cukup? Sy kadang2 rasa nk bgi formula sbb formula baby tidur lama. Tapi pikir kewangan. Susu pun lagi 2 tahun & susu ibu tu terbaik. Mohon beri semangat & cadangan yg baik2 Tq mommies semua ☺️ #ingintahu #pleasehelp #firstbaby

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

All I can say is that's absolutely normal. Soal tidur tak cukup tu, anak saya mencecah usia 1 tahun baru sleep routine saya okay. Sebelum tu demand anak saya setiap 2-3 jam in a day. Sekarang anak dah 1y10m, lagi okay sleep routine saya😁Demand anak pada waktu malam 2-3 kali sahaja. Sebelum tido, saya akan offer bedtime snack untuk anak. Sebelum tu, memang penat, tak cukup tido, tak cukup rehat, burn out. Saya working mom. Hari saya bermula 5am. Siapkan breakfast, kelengkapan anak, suami sebab anak saya bangun pukul 6am. Dari umur 3 bulan sampai sekarang, waktu bangun 6am. Bedtime 8.30pm paling lewat. Apa saya boleh sarankan pada awak: - Jaga jadual tidur baby. - Pelajari bahasa bayi dengan lebih lagi. - Follow babylanguage di FB/IG untuk ilmu tidur baby, komunikasi baby InshaAllah lebih mudah untuk kita fahami anak. Untuk awak mommy, walaupun awak suri rumah tak semua awak kena buat sorang2 tau. Dapatkan bantuan daripada suami awak. Bekerjasama dalam rumah tangga. Soal rutin harian tu, awak buat mana yang awak mampu. Jangan ada mindset semua kerja rumah kena settle dalam satu hari. Kerja rumah takkan pernah habis awak😄 Mungkin awak boleh basuh baju seminggu 2x. Bab masak tu, awak boleh list kan siap2 menu untuk 2 minggu sekali atau menu untuk sebulan. Kemudian boleh prep siap2 bahan masak. Nak masak nanti tinggal campak2 je. Yang paling penting, dapatkan sokongan dan bantuan daripada suami. All the best and good luck mommy 🌹

Baca lagi
10mo ago

Moga bermanfaat 🤗

TapFluencer

Growth spurt ni. Teruskan layan anak dgn kasih sayang. Anak overtired , tu yg dia susah tidur. Belajar tenangkan dan tidurkan anak di medsos Baby Language. Bawa anak keluar; grounding, tengok akuarium, tengok alam, bawa jalan dapatkan Vitamin D drpd cahaya matahari pagi. Lepaskan anak biar otot2 dia dilatih dgn bergerak sendiri dgn pantauan penuh orang dewasa. Elakkan screen time buat masa ni hingga 1 tahun 8 bulan ke 2 tahun Biasakan bergelap untuk latih anak tidur. Anak dh 6 bulan kan, pemakanan anak lengkap nutrien dan pastikan dia kenyang. Susu masih keutamaan anak buat masa ni.

Baca lagi

normal je sis mungkin tgh fasa growth spurt , dan mungkin waktu tidur bby awak x tentu sbb tu bby awak masa playtime ngntuk , sbb saya pun fully df suri rumah mcm awak bby anak saya bgn mlm sbb nak mengempeng je skjp lepastu bergolek tdo balik , tak lama fasa ni sis skjp je nnti bby okay balik jnji rutin tdo bby tetap , handle waktu tdo x cukup ni sng je bila suami balik keje pass anak dkt suami skjp 😀

Baca lagi

6m anak sy sleep regression sbb tgh baru pandai meniarap. tgh fasa banyaaaaaak kali sleep regression ni mommy sabar je la ye.. bg fm pun gitu la jgk sbb bkn dia lapar pun

Baby overtired rasanya. Jadual tidur baby seharian macam mana? Ok tak? 6mons limit berjaga dorang max 2.5hr. Lepastu kena tidurkan semula