Buasir & sembelit masa pantang

Salam nak tanya ada sesiapa pernah kena Buasir sebelum beranak tak? lepas beranak mesti sembelit buasir tu akan bengkak lepas membuang. dah makan buah oren, sayur & minum air banyak pun tak jalan. try sapu serbuk manjakani & ubat buasir himalaya pun tak jalan. dah la luka tu dekat sgt dengan buasir jadi lambat baik luka sebab buaisr membengkak. sape ada tips atau pernah alami yg sama apa korang buat 😭 harini dah 31 hari pantang seksa sgt

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya memang sembelit sebelum mengandung. lepas bersalin ni, trauma nak buang air besar sbb takut jahitan terbuka sbb kena meneran. so, saya guna ubat sabun yang masuk kt dubur tu. nama dia prime enerma beli kt farmasi. sy masukkn setiap 2 hari spya xjd sembelit. ubat tu lepas msukkn dekat dubur, lepas 2-3min da rasa nak buang air besar. utk ubat makan, saya beli lactul utk lembutkn najis. cuba la. saya da cuba, alhamdulillah okay walaupun bukan 100% menyenangkan tp sgt membantu utk org yang ada sembelit mcm sy ☺️

Baca lagi

Wlkmslm, haritu saya sembelit lebih kurang 1 minggu. Minum air, mkn sayur, mkn buah, pergi klinik, beli ubat d farmasi semua xjln. Saya beranak czer. Seksa sgt sbb nak jaga luka dalaman smpai rasa nak giveup pun ada. Seksa sgt smpai 1 hari saya pergi berklinik 1 bulan anak saya, saya bgtau nurse then dia sarankan saya minum susu goodday yg perisa susu. Then saya amalkan susu goodday perisa susu low fat. Alhamdulillah, sembelit saya beransur pulih..

Baca lagi

saya berak kencing berdiri je sbb tak nak jahitan dan luka tu sakit.. saya makan ubat lactul beli kat farmasi untuk cair najis. jadi saya tak perlu meneran beria dan najis pun cair. sakit pun tak sesakit sembelit melampau.. cuba lah sis..

Cuba hemors tablet..sangat berkesan..time pantang kena 2 Bulan tahan sakit..Cuba berbagai Jenis ubat dah tak menjadi,sebab dah tahap 3..sakit semasa n selepas membuang Tu tuhan je tahu, makan hemors tablet seminggu dah nampak perubahan ketara..

Post reply image
4mo ago

teruk ke buasirnya sekarang macam mana dah baik ke

Saya makan vitamin c flavettes tu dengan ubat sembelit dari farmasi. Minum air kaw ii pastu minum benda bersusu and makan buah betik, pisang yang mudah lawaskan najis.

saya dah makan lactul & ubat cair najis yg lain semua tak jalan hehe masih jugak bengkak buasir tu lepas membuang. ada cara lain ke?

Beli lactul dekat farmasi untuk lembutkan najis. Beli 2-3 botol terus.

cari ubat cairkan najis dekat farmasi awak