7 Balas

Semoga dipermudahkan semua urusan. Senang saya nak share pengalaman sy pada 20/5/2023 tempoh hari sebab saya pun mengalami benda yang sama. Due sepatutnya 11/6/2023. Baby lahir pra matang 36w6d, sehari je lagi 37w. 19/5/23 Saya ke hosp temu janji dengan dr pakar pasal baby growth (masa ni 36w5d), sebab masa 35w detect baby xde perkembangan langsung sejak 32w. Berat baby masa scan terakhir adalah 1.903 kg je dan memang nampak saiz perut baby lebih kecil berbanding saiz kepala baby. Dr pakar bagi surat untuk admit hosp pada 20/5/23 dan set tarikh induce pada 21/5/23. 20/5/23 Saya dtg ke hosp awl, terus ke PAC dan nurse terus membuat penilaian baby dalam kandungan. Pertama tu cek CTG. masa cek ctg ni, dr pakar dtg round dan nmpk muka dr pakar tu bekerut dan asyik tanya samada saya ada gerak2 semasa ctg tu berlangsung. saya kata xde gerak apa2, then tiba2 dr pakar tu cll bilik bedah dan tanya samada ada bilik bedah available atau xde sbb dr nak proceed emergencg czer untuk saya. Then dr tu dtg balik ke saya dan suruh sy cll husb, masa cll husb tu dr bagitau yg baby mcm dah lemas dlm kandungan dab minta consent dari husb utk buat emergency czer dekat sy. Masa tu bru saya tahu apa yg terjadi, rupanya sy kna emergency czer sbb bacaan ctg baby menunjukkan baby dah lemas dlm tu (fetal distress). Masa dlm perjalanan ke bilik bedah saya yg sdg bebaring atas katil tulah sibuk2 sign semua consent yg diperlukan 😂masa tu x fkir banyak dah, cuma nak baby lahir dgn lancar dan okay je. smpi bilik bedah 11am, cucuk bius separuh badan, sepanjang pembedahan tu mmg sedar dan rasa je perut dipotong2 ditarik2 cuma bezanya xde rasa sakit langsung lah. syukur 11.26 am baby boy berjaya dilahirkan berkat bantuan dr2 bedah, bidan nurse, pakar bius. Masa baby lahir tu, mmg xdpt nak skin to skin selama sejam dgn baby sebab masa lahir berat baby cuma 1.66kg je, jadi nurse tu cuma bagi cium baby skjp je dan bagi tengok jantina baby. Sampai skg baby masih dlm nicu saya dan husb kena turun hosp tiap hri untuk bagi susu badan perah kepada baby dan lawat baby. Skg sdg fokus naikkan berat badan baby je lagi.. mmg sakit rindu nak belai2 baby tp untuk kebaikan baby kita ibu bapa kena akur dan terima kptsn dr pakar sbb mereka lebih tahu apa yg terbaik untuk baby. Semoga awk dan husb kuat menghadapi dugaan baby iugr ni, sememangnya sgt mencabar sebab baby senang nak naik berat tapi senang juga nak turun berat badan..

Ya Allah sis mcm kes sy😓 doc kk scan 36w dia ckp size baby xbesar berbanding last scan masa 33w haritu. Isnin ni kena refer hosp jumpa pakar o&g. Risau kena induce jgk. Btw Semoga dipermudahkan sis🫶🏻

Goodluck bersalin. Sya pun due 9/6 tapi masih belum ada tanda2 lagi. Sllunya bila kena suruh serah diri ye dekat hospital? Selepas due ke atau mcm mna?

Terima kasih. Baru kmrin ckp xde tanda2 harini ada darah coklat keluar 😅 kalau kontraksi palsu tu memang sllu la hahah

Waalaikumussalam, semoga urusan bersalin awak dipermudahkan dan dipercepatkan. Semoga baby lahir sihat dan sempurna 🫶🏻

due date Kita sama sis,semoga urusan sis esok d permudahkn,sya ni Masih belum Ada tanda2 lgi NK bersalin 😅

Semoga dipermudahkan urusn bersalin mom dan baby tanpa sebarang komplikasi kesihatan ya.

moga dipermudahkan urusan untuk awak dan baby..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan