Anak sy pun tengah fasa taknak makan Sama la anak sy pun 9 bulan.
Ada banyak sebab knp baby taknak makan.
1. Baby mengalami fasa perkembangan terbesar iaitu baby mungkin mula tumbuh gigi, baby mula pandai merangkak, berdiri dan memanjat. Normal jika baby dalam fasa teething atau dalam perkembangan terbesar tak nak makan.
2. Baby tak sihat. Contohnya baby sakit perut, demam, cirit-birit atau muntah.
3. Bayi diberi manisan atau junk food sebelum makan.
4. Bayi minum susu terlampau banyak. Jadi bayi kenyang. Pastikan jarak 2 jam waktu makan dengan menyusu.
5. Jadual waktu makan yang tidak tetap. Pastikan jadual makan anak tetap. Jadi perut anak akan lapar pada waktu yang sama.
6. Jangan skip sarapan. Sebab bila baby hanya menyusu. Susu akan diserap menjadi lemak. Dan bayi berisiko untuk obesiti. Kerana bayi menyusu, skip sarapan dan bayi tidur.
Biasakan bayi bangun awal, even makan 1/2 sudu waktu pagi.
Cuba tukar tekstur makanan berbeza-beza. Dan suhu makanan yang berbeza. Selain tu, apa mommy blh buat, cuba berikan anak bermain dengan makanan tersebut. Yup, memg akan bersepah. Tapi dengan bermain dengan makanan, anak akan tahu tekstur apa yg dia selera untuk makan. selain bagus untuk perkembangan otak anak.
Cara lain juga, mommy boleh tambahkan kreativiti dan warna warni pada makanan anak. Cthnya: blh buat bentuk bear atau bintang.
Elakkan gadget seperti tv, laptop, hp, tab atau ipad untuk anak lebih fokus ketika makan.
Pastikan mood baby happy waktu makan. Dan pastikan baby tidak stress.
Pastikan tidak marah dan memaksa baby untuk makan.
Baca lagi
Dreaming of becoming a parent