Kena Induce
Salam, mommy boleh share pengalaman kalau pernah induce tanpa ada tanda? Maksudnya mommy xde turun air, darah atau contraction, tapi mommy kne induce atas sebab lain mcm baby kecik/ baby kurang gerak? IDia insert bawah tu sakit tak? Ubat yg dia insert tu mcmana rupanya? #firstmom

Saya kena induce sebab kencing manis semasa mengandung, baby saya kecil saja 2.55kg. Istimewanya induce Dr bagi kita pilihan tarikh, so kita boleh pilih nak bersalin hari apa. Kesakitan induce sama sakitnya mcm contraction biasa cuma bila induce contraction akan lebih cepat kerana dipaksa buka pintu pelvik tu dan contraction lebih kerap dan panjang, kesakitan lebih sikit dr natural tp husnuzonlah nak bersalin mmg lah sakit, kesakitan itulah yg membantu kita utk bersalin, jika tiada kesakitan mcm mana bby nak keluar, sama seperti kita nak buang air besar, jika tak sakit perut, mcm mana nak terankan..cuma bagusnya proses induce tu cepat x perlu tunggu lama seperti contraction biasa. Pengalaman saya di induce menggunakan pil yg dimasukkan ke faraj mengikut dos yg dibenarkan oleh Dr, wlbpn badan saya terlalu strong tiada bukaan pd pelvik dan tiada contraction berlaku, saya diberi dos ke2, Dr pesan kalau tak bukak jugak kena operatelah ya, so saya berdoa moga Allah bantu saya permudahkan proses. Alhamdulillah Allah makbulkan, dlm masa 30min saya terus sakit yg amat sangat Dr check dh bukak 6cm, terus tolak masuk labour room, mereka angkat saya naik atas katil bersalin, Dr check dh bukak 9cm, Dr pesan puan jgn teran dulu saya nak prepare karung hijau ni... (alatan bersalin) tak sempat bukak, baby dah keluar sendiri, tak teran pun (mcm kita tercirit yg x boleh control tu) bby saya kecil saja 2.55kg perempuan dan dia sihat Alhamdulillah. Dr hanya mampu kata...kalaulah semua patients bersalin mcm ini senanglah kerja Dr. sekarang anak sya dh berumur 16 tahun, saya bersalin di hospital Ampang yg pd masa itu baru merasmikan wad bersalinnyà. Pihak Hospital memberikan perkhidmatan yg sangat terbaik dan saya bersyukur kerana disantuni dgn baik, saya ingat jasa mereka sampai bila2.
Baca lagi