MISSED MISCARRIAGE

Salam mommies. Sy mngalami bleeding pagi sabtu dan terus ke emergency , dr scan perut tak jelas jadi dr scan dri bawah & dapati janin dah tkde heartbeat. Dr bagi tempoh 2 minggu utk turun sendiri dan alhamdulillah petang hari yg sama, jatuh janin dan darah ketul secara pecah2 banyak kali. Dri jam 4.50pm sehingga 6pm lebih, semuanya turun dan sy tidak rasa apa2 sakit selepas itu sehingga kehari ini. Dr kata janin tak membesar dri 8w, keguguran masa 11w. Ahad malam pergi scan dkt klinik, dr ckp kantung dan janin dah takde dan takde drh ketul2 cuma dinding rahim tebal sikit dlm 1.5 cm mcmtuh at one side. Dr ckp ambik masa dalam seminggu or sebulan jugak utk dia habis. Cuma dr ada ingatkan sy kalau rasa nak demam, or ada heavy flow or ada cecair berbau utk terus ke emergency. Mommy2 yg ada pengalaman mcm sy, boleh share ke apa yg mommy buat utk nipiskan dinding rahim tuh ? Sebab darah masih turun sperti period, cumanya dlm kuantiti yg sedikit, suku pad shj. Dan pagi ni selepas mandi, tgok pad tiada darah smpi skrg (tengahari) Boleh tahu mommy2 yg ada pengalaman berpantang gugur berpantang mcmne ? Atau apa2 yg berkaitan dgn keguguran ? Sebab sy 1st time mengalami dan ini kndungan kedua sy. Anak pertama skrg sudah 2y lebih. #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya baru miss miscariage bulan julai baru ni. janin sudah berhenti membesar sejak 7w. masa buka buku pink masa 10w, janin masih 7w. dan doc bagi dua minggu. dan pada 12w (24/7) saya ke hospital mengikut appt, doc kata kantung dah mula mengecut dan akan turun. jd dr arahkan saya balik dulu dan tunggu lg 2 minggu. tapi pukul 4am esoknya darah turun sendiri dengan contraction. malam tu saya ke hospital dan doc bg ubat kecut rahim dan bantu keluarkan lebihan yg tak habis keluar. Tapi doc kata dinding rahim masih tebal. Tapi selepas doc berbincang dengan doc senior yg lain akhirnya mereka benarkan saya discharge mcm yg doc sis pesan. kalau ada apa2 terus dtg ke kecemasan. saya pantang dlm 2 minggu gitu tapi tak strict sgt la. then awal bulan 9 saya start period mcm biasa dlm 5 hari. kemudian (24/9) tu saya rasa lain mcm dan ke klinik semula sbb rasa tak sedap badan. rupanya saya dah pregnant semula. hari ni dah masuk 12w. harap kali ni okay baby sihat sampai bersalin dan membesar sihat juga.

Baca lagi

salam takziah buat sis. sy dh alami beberapa tahun lps. tp msa lps dktr scan, sy dpt suntikan kecut rahim dan ditahan setengah hari di LR sbb bp agk rendah slps keguguran. darah gugur sy berlanjutan selama 14hari..utk pantang, sy tak ikut sgt, cuma sy tak mkn benda2 manis, junkfood utk beberapa hari shj.

Baca lagi