bloated after makan

hi salam mommies, memang normal ya dlm first trimester ni asyik bloated after makan🥲 lidah kadang rasa nak muntah, senang citer lidah tak sedap. apa ya mommies buat utk lidah ni kurang rasa mcm tu? saya ada jugalah makan asam/gula tapi tulah kadang dia mcm nak sentiasa kena ada something dlm mulut. selain buah untuk jadi snack? apa yg mommies buat ya?

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

samala kita, skg dah 10w adala kurang rasa nak muntah cuma mual ja.. air liur sokmo berkumpul 😅 berus gigi ja nak muntah tp dah tak mcam pregnant under 10w lepas tiap kali berus gigi, uwekkk².. cara sy, sy suka kunyah buah jambu batu fresh tanpa campur apa2 sebab jambu ni rasa masam + manis pun ada. jadi kurang la rasa mual tu.. dan sy tak boleh minum air suam or ambien water sebab makin tambah rs tak sedap lidah so sehari tu mmg air sejuk kosong jala boleh telan. minum manis pun rasa pahit. kadang tu asam boi peneman sy.. sebab pregnant sy kali ni berbeza dgn 3x kandungan lepas, sebab jarak last anak dgn yg ni 6 tahun, jadi mual, muntah, lemau, pening sakit kepala ni campur jadi 1 dan paling teruk sy rasa utk pregnant kali ni.. itu tak kena, ini tak kena serba serbi tak kena, jadi layan jala sementara menanti habisnya fasa uwekkk² ni 🤭

Baca lagi

Allahu.. sama lah kita. ingatkan perasaan je mindset je sebab tahu pregnant. rupanya ada yg alami perkara sama. korang makan apa je eh? saya boleh makan tp lepas makan rasa betul nak keluar balik, lemau sekejap rasa tp takmau keluar pun muntahnya. kembung angin je perut.

Boleh cuba makan yg masam2 kalau tekak rasanya macamtu atau yg manis. Rasa nak muntah tu biasa, tapi elakkan muntah secara paksa sebab akan bagi pressure pada rahim that lead to miscarriage. Semoga dipermudahkan urusan olehNya.

mcm sy..makan x boleh byk..cepat penuh..bila terlebih makan rasa nak muntah..lepas sejam dua rasa lapar balik..mesti ada benda nak kunyah..baru 9 weeks..10 weeks nnti baru pg kk bukak buku pink 🫣

3mo ago

sama lahh kita

Memang kena sentiasa mengunyah 😂 standby la snacking banyak2 like buah potong ke kekacang ke kalau tak mmg rasa loya je setiap masa

Minggu ni minggu ke 7. Sy belum ada rasa loya lagi cuma kuat makan je. Bila lapar tu macam kebulur sangat. Lepas makan rasa mengantuk sangat

3mo ago

Haah sama lah,tapi bila dah masuk 8w5d dah muntah2 dah

sama😭😭saya mkn gula2 je kalau lidah rasa xsedap,nk muntah tp xdpt kecuali saya jolok anak tekak🤣

saya pun tunggu jawapan .. sbb selalu bloated lps makan .. rasa nk muntah perut pun jdi tk sedap dah

3mo ago

oh saya tanya kwn2 depa kata mmg normal🥲 huhu mampu makan skit2 je and bykkan buah

saya pun sama ... mulut asyik nak mengunyah je memanjang🤭

same kdg xdpt tidur.sbb bloated..angin je perut.