Saya masih belum hamil sebab kitaran haid panjang
Salam ,Kalau tiap bulan purata kitaran haid sy tak tetap. 29hari kejap 30hari kejap 35 hari kejap 45 hari normal ke? Lepastu haid dlm 7-8 hari normal ke? Susah nak lekat hamil 🙁#pleasehelp #ttc10bulan
saya download apps untuk tahu purata keseluruhan kitaran haid . kitaran saya 32 - 34 hari sebelum kawin. lepas kawin masih 32 - 34 hari , kadang lebih 40 hari . sesekali lepas kawin ni jadi lebih 50hari. saya nak tahu waktu subur saya so bila period, saya buka apps . tandakan pada apps . saya selalu period hari ke 3 dah kering . hari pertama , 2/ 3 kali je tukar pad, tak pernah penuh. tukar pun sebab tak selesa je . hari ke 2 tu boleh dikata sekali dua je pad , tak penuh, tukar sebab tak selesa dan gatal. hari ke 3 tak pakai sebab terlalu sikit. kalau sis 7 - 8 hari tu kira okay dah tu. saya ambik masa 6 bulan untuk tahu cycle subur & cycle period. bila dah tahu waktu subur dari apps, saya try opk . opk double line walaupun samar je dah boleh bersama dari hari tu sampailah opk double line jelas dan terang 🤗 saya ttc 6 bulan , sebab kawin bulan 6 tahun lepas. awal tahun ni disahkan pregnant, bulan 2 keguguran. bulan ke 3 period dan disahkan pregnant semula melalui upt . insha'Allah ada rezeki sis 🤗 sis beli opk & upt sebagai stock ya, saya beli kat shopee je jenis strip. cari sensitivity upt dia 10miui sebab lagi sikit nombor, lebih tepat test nanti 🤗 saya beli 50pcs belas ringgit je . moga dipermudahkan urusan ya
Baca lagisaya pun kitaran haid lama. 30-35hari. haid 7-8hari juga. Alhamdulillah lani da 38w. saya tak kira masa subur, saya cuma bersama 2@3hari skali. waktu 3-6pagi. kalau suami tidur pun. saya kejut. saya cakap saya nak baby🤭. lepas pregnant ni seminggu skali pun tak berapa nak. penat badan.