Anak 2 tahun
Salam ibu2,nak tanya macam mana nak buat yer kalau anak tak boleh sebut dua words lagi,hanya ayah je yg keluar dari mulut,yg lain semua bunyi je,hujung bulan ni kena appt doc..dia sangat faham arahan,tinggi berat semua ok,tak da masalah apa,sihat sempurna alhamdulillah tapi bila orang2 tanya dan sy tengok anak2 orang lain,sy down sikit.
Anak saya sama umur anak puan. Anak saya dia pun tak banyak sangat perkataan keluar dari mulut mcm anak puan. Anak saya sekarang hanya pandai sebut “nenen” maksudnya susu dan “didi” sahaja. Didi tu kdg2 dia tuju ke ayahnya. Tapi kdg2 sebut random je. Sekarang doc tengah monitor dia dan sekarang ada pergi speech therapy la. Banyak assumption yg doc bagi ke anak saya. Ada doc cakap mungkin anak saya ni autisme, ada doc cakap dia ni normal cuma mungkin jenis milestones lambat, ada doc cakap dia ni hanya speech delay. Sekarang saya hanya berusaha apa yg terbaik sahaja untuk anak saya. Saya pun rasa apa puan rasa, down sbb kalau kita tengok budak yg sebaya dengan anak umur kita ni, banyak yg dah pandai. Tapi saya tepiskan je semua tu, saya focus dengan anak saya. Usaha semampu boleh je. Mudah mudahan anak awak nanti pandai bercakap ya puan. Amin Yarabbal Alamin
Baca lagiFirst thing first fokus pada anak sendiri. Biarkan apa yang orang lain cakap. 2nd, hari checkup nanti raise all of your concerns to doctor. Dapat early intervention lagi bagus sebab kita nak kejar golden period anak. Saya share few of IG accounts that can help you. It's more better untuk awak tengok info sendiri so that you can get the whole picture. Speech Language Pathologist Aishah Kassim https://www.instagram.com/slp_aishahkassim?igsh=MXUzZjh4eGplZHJwMg== Ed Occupational Therapy https://www.instagram.com/ed.therapy?igsh=MTh6YzMya2owend5ZQ== Western account https://www.instagram.com/raisinglittletalkers?igsh=c2hncGtvZ29vdXls All the best 🌹
Baca lagithanks a lot for the whole yg awak share ni ya, appreciate sangat 💜
jangankan awak . anak saya 4 ayat je tahu .yang dia tahu "BUAT , MAMA , NO , TAKNAK " itu je dia tahu lepastu yang lain dia tak boleh sebut . tapi dia faham arahan cuma nak cakap penuh tu belum lagi . lepastu bapaknya salah kan kita pulaa sebab anak tak pandai cakap lagi . kadang sedih jugaa tapi nak buat macam mana . redha je lah
Baca lagikalau awak geram . saya lagi geram hahaha pernah terpikir nak cakap macam apa yang awak cakap tapi nak buat macam mana nak tanak saya terpaksa lah redha je lah kena marah ke perli ke apa ke . janji saya dah usahakan . terpulang lah dia nak marah ke apa ke . hehehe kita sebagai mak kena kuat 😂
wsalam, 1word dia byk tak?, n then awak teruskan ckp dgn dia benda senang n sama hari2x, mcm bila dia ckp susu, awak ckp "adik nak susu", "nak minum", "nyum2x sedapnya". sbb anak saya pun 2y 1m baru dpt gabung . nasib tak check up misi okay. ada misi yg strict, ada yg faham bagi masa 3bln , sbb yg lain pass.
Baca lagidia batch 2022 juga ke?, kalau yaa, rasanya mmg batch ni mcm ni kot. malas yg berat mulut, sbb saya tanya geng yg sbaya semua mcm tuh, ada yg pass ,ada yg tak pass. tapi bab org tny tuh normal je, saya pun kena, kadang smpai malas jmp org bila org duk tny, compare etc la.
baby boy Jan2023 ?