Penyusuan susu ibu

Salam ibu2 semua. Saya cuma nak bagi nasihat manja kepada ibu terutama anak pertama. Carilah ilmu tentang penyusuan. Usahakan untuk susukan anak dengan susu ibu. Ilmu perlu dicari, bukan terus kata susu tiada. Saya sedih dan terkilan baca di laman Facebook terutama dalam group ibu mengandung, kebanyakkan ibu tiada ilmu/tiada ikhtiar mencari. Mudah sangat menyerah kalah dan bagi susu formula tanpa usaha. Usaha baru mengalah, usaha cari ilmu, usaha dapatkan pertolongan kaunselor penyusuan. Sesungguhnya susu ibu adalah hak anak yang kita sebagai ibu patut usaha tunaikan. Renungkan dan semoga kita semua berjaya susukan anak sehingga 2 tahun InsyaAllah aminnn ❤️ Boleh tanya jika ingin mencari rujukan/bacaan. #firstmom #firsttimemom #bantusharing #firstimemom

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Puan, betul apa puan cakap, tapi sesungguhnya, tak semua org berada di situasi yang sama yang tenang. Puan terbayang tak keadaan org yang mengandung dalam keadaan depression, yang mengandung dalam keadaan kesempitan & kesusahan hidup dan bermacam² 1001 kesusahan dan berbagai masalah yang kita sendiri pun tak pernah terfikir, saya ada lah salah seorang ibu yang tidak sempat langsung untuk gali ilmu penyusuan, minggu² terakhir sebelum saya melahirkan, saya keep on follow tentang penyusuan, tapi hakikatnya saya susah sangat sangat nak faham maksud para LC sbb saya masih belum menyusu anak, anak saya pun tak lahir lagi. Itupun minggu² terakhir saya cuba untuk gali dan gali ilmu penyusuan sebaik mungkin, hari² saya baca dan tgk video tentang penyusuan memandangkan sebelum ni saya tak pernah langsung cari. Hari pertama kelahiran juga saya tertekan dengan keadaan sekeliling yang cakap saya tak cukup susu, dalam situasi begini, puan rasa kalau tiada sokongan adakah puan akan bertindak seperti tiada apa² dan teruskan penyusuan. Saya akui, saya menyesal sgt sebab mixed feeding sedangkan susu saya banyak dan cukup, tapi akibat keyakinan diri saya takda ditambah dengan tekanan org sekeliling + tekanan perasaan selepas melahirkan , puan rasa adakah org seperti saya mampu untuk meneruskan penyusuan. Anak saya reject direct feeding, maka sehingga hari ini anak umur 6 bulan saya masih bangun malam utk mengepam. Sebab saya sedar susu ibu adalah hak anak dan saya masih boleh berusaha. Tak semua org sama situasi ketika mengandung puan, ada yg kesusahan rumahtangga dsbgainya menyebabkan tak tergapai ilmu penyusuan kepada mereka. Saya sehingga ke hari ini menyesal dgn tindakan saya, tetapi saya tak pernah berhenti usaha. Dan bila saya tgk post ni bertambah sedih hati saya. Saya terasa seperti saya ibu yang gagal sebab tidak memahami ilmu penyusuan. Tak semua org sama situasi dengan kita. Sungguh memahami sesuatu perkara juga suatu rezeki. Kalau puan boleh faham Alhamdulillah. Tapi jangan lah dipukul sama rata ibu² yang tidak memcari ilmu penyusuan ini mudah menyerah kalah tanpa usaha.

Baca lagi