Saya buat. Semua jenis scan saya buat. Dari awal kehamilan sampai ni dah lagi 2 bulan nak bersalin. Minggu depan nak buat 5D pulak. NT scan elok lah buat supaya dapat tahu cecair belakang tengkuk baby. Hidung dia. NT scan ni better cepat sebab bila 11-14w je boleh buat. kalau dia dah besar cecair tu takleh tgok dah. Doc saya kata tak tepat sangat pun dlm 60% je ketepatan. Kalau byk duit boleh ambil ujian darah. Yang tu 90% ketepatan. Tapi harga nya ada lah RM600 keatas tak silap. Ke mahal lagi😅 Untuk tgok baby ada masalah syndrome apa2 tak. Saya buat scan je. Tu je yg mampu. 😅 Nt scan dan detail scan paling penting. Yg scan biasa tu boleh lah kalau saja2 nak tgok baby. Kalau awak ada duit buat lah. Bagi saya penting. Sebab saya ni jenis cepat risau. Kalau boleh nak hari2 scan tgok baby ok tak dlm perut ni🤣
NT Scan 11-13W6D. Doc ada check cecair belakang tengkuk baby. Ada Doc suggect scan dr bawah, saya prefer scan perut jee.. Nyilu pula scan dr bawah 😅 Dan ambil sampel ujian darah. Klinik swasta bajet dlm RM450 macam tu. Saya buat NT Scan dkt Klinik Aurora Bukit Rimau Shah Alam, prefer Doc Husna hari Sabtu/Ahad. NT Scan dlm RM100 perlu buat appointment.
Anonymous