Baby meninggal dalam kandungan

Salam ibu2 . Harini hari paling sedih buat saya sebab bayi saya disahkan meninggal dalam kandungan 😔. Boleh ke saya terus ke emergency ? Soalnya saya belum bernikah. Tarikh nikah lagi seminggu . Risau sgt klau sangkut dkt hospital 😔. Biasanya doktor akn minta dokumen apa ye untk check in? Sijil nikah pun dia nak kn ? Plisss bantu saya ibu2 😔😔

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

salam takziah ya. pergi ja takyah tunggu nikah dulu sis. seminggu lagi macam macam boleh jadi kita taktau. lagipun sis dah tau baby dah takda. lain la kalau taktau. risau memudaratkan kesihatan sis pula kalau nanti nanti. bagitau ja belum nikah tapi dah check baby dah takda. bawa ja dokumen apa yang ada macam ic & buku pink tu. insyaAllah nurse & doktor akan bantu nanti. semoga dipermudahkan segala urusan sis ya.

Baca lagi

Ikut bulan baby baru masuk 7 bulan . Tp td pergi scan doc kata baby dah tak ada . Saya scan dkt swasta . So doc bagi surat untuk refer hospital . Nak pergi hospital risau klau dia minta sijil nikah . Tarikh nikah saya lagi seminggu je 😔. Boleh ke kalau tunggu sampai saya nikah baru pergi hospital? Mcm mana dgn keadaan baby dlm perut nanti ye? Dia akan bengkak tak atau kembung ke ?

Baca lagi
2y ago

pg je kecemasan cik. xdek masalah pon.ckp je single mother. yg paling penting kesihatan cik.

Baby sy pun meninggal dlm perut ms 8 bulan..amik masa dlm 2 ari jugak tuk bby tu kuar dr perut kita..doc akan induce ubat bg bby kuar..so doc akan tny mcm2 la..siasat Knp bby bole meninggal dlm perut..sy dh rasai nye pd 23/5😭😭😭..bila lmbt tau bby x gerak dh..bhngian perut nye mcm bengkak sikit..

2y ago

Ye sama2 sis…insha Allah sis..berpantang tanpa ank disisi sy kena jugak..

cek in hospital kalau tak nikah dikata sebagai single mom. bawa je ic. kalau ada buku pink bawalah. xde takyah. nanti kat kaunter tu dia bgtau apa perlu. jgn tggu lama2. nanti nak pregnant lagi risiko kalau rahim tak jaga

Tak apa jangan risau, terus ke hospital bahagian bersalin. Bagitahu yang baby dah tak ada (bawa referral letter kalau ada). Jangan lupa bawa buku pink sekali untuk rujukan mereka. Pergi asap ya. Semoga dipermudahkan

VIP Member

Terus pergi emergency. Keluarkan janin, bersihkan rahim. Kalau kandungan tak besar lg, beberapa hari je boleh sihat InshaAllah. Kalau dah besar, take time juga nak sihat.

masa beranak sulung dulu xde mintak sijil nikah pon. cuma perlu buku pink dan ic shj. mungkin ikot hospital. pergi segera sis. kesihatan kite lg penting

Hi boleh saya tahu sebelum awak checkup tu memang takdr tanda tanda langsung ke? Keluar darah or cramp perut ke?

2y ago

Hi sis bole saya tau, sis rasa baby tiada gerakan dlm masa beberapa jam? Atau hari?

masa nak buka buku pink ja.dorg akan mtk surat nikah msa nk besalin just bwk ic dgn buku pink sahaja

brapa minggu? terus ke emergency.. kalau awak biarkan takut effect kesihatan awak akan dtg..

2y ago

mcm2 boleh jadi.. ank dlm tu dh xda xkn nak simpan.. sampai bila? kalau jd jangkitan kuman dekat awak mcm mne? belum lg citet effect pregnancy awak akn dtg..