17 Balas
Itu normal sis. Baby tengah ada kuning lagi memang akan kerap tidur sebab badan dia penat. Selagi kuning belum habis keluar dari badan baby ,, selagi tu dia akan kerap tidur lebih lama. Kadang2 bila paksa menyusu , tukar pampers sambil basahkan kemaluan dia pun mata taknak buka.. Biasanya selepas habis kuning dia baru dia akan lebih kerap terjaga lagi2 bila dia lapar. Paksa bagi susu setiap satu atau dua jam untuk bagi baby lebih kerap kencing dan berak. Lagi banyak baby berak setiap hari lagi cepat kuning dia turun. Biasanya kalau baby lebih 14hari kena kuning, doktor akan kira baby sis sebagai prolonged jaundis. Nanti lagi kerap kena ke hospital untuk pemantauan.
Waalaikummussalam. Saya buat camni sis. Sy pam susu. Pastu saya sumbat susu dari botol. Kalau sumbat botol, mmg anak akan terus mengisap walaupun mata tpejam.
Baby kalau kuning memang akan tidur je. So memang kena kerap kejutkan utk bagi susu. Cer awk letak je nipple dkt mulut dia. Picit2 pipi dia.
Awak gosok tapak kaki dia.. nnt dia akan nangis & bangun.. Tu nurse yg ajar sy masa kat hospital..
Klu kuning mmg baby asyik tido... kena kejut dn kerap bg susu... tkut lg tinggi kuning die...
tp bgi susu mcn buase ... jgn ksi tido je.. 1 jm or 2 jm lepas susu kne kjut lgi bgi susu..
Kalau kuning mmg dia akn tidur je . Tpi kita kena kejut dia bgi kerap menyusu 2 jam sekli
Normal , nurse kata kalo nk kejut dia bgun nyusu jentik tapak kaki dia .
Kalau kuning memang baby kuat tido sis. Memang kena kejut suruh menyusu
baby kuning mmng kuat tidur. so, jangan stress nak kejutkan baby. hehe