Beranak Caesar

Sakit ke beranak caesar ? 🥺#firstbaby #firstmom #pleasehelp

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

beranak secara czer tak sakit. cuma first thing yg akn dilalui injection bius² tu agak sakit juga lebih² lagi di blkg bdn nak dicucuk. Saya akan tarik nafas dlm² dan tahan nafas tu sewaktu kene injection supaya rasa sakit tu x terasa sgt and istifar byk². lps sejam mcmtu..dari dada/perut ke bwh dah terasa kebas ya amat. nak angkat kaki pun dah x mampu🤭semua kesakitan tak terasa cuma waktu perut digodek² doc nak keluarkan baby tu adalah rasa nyilu² perut dan seriau+ sakit sikit.. doc bius tanya saya..sakit puan? saya jawab dlm mamai² tu ye terasa..sakit dan dorg akan tambah dos bius tu supaya saya tak rasa sakit. keadaan ni bergantung pd pengalaman masing² 😊 tapi doc bius tu mmg betul² monitor/jaga saya. sekali lagi terasa perut digodek, digerak² kan semasa doc nak keluarkan uri..rasa nyilu² sakit gitu. tapi tidaklah sakitnye spt beranak normal (pernah lalui juge 🥰) The real sakit beranak czer adalah slps stle operation. mmg sgt mencabar. serba serbi kita rasa x kene dan susah. Kene kuatkan semangat ya. InshaAllah semua akan dapat kita lakukan dgn baik. Ikut pantang, mkn jaga, byk mkn buah orange. perlahan² dlm pergerakkan, jgn asyik baring shj mesti bangun dan slow² gerak or buat apa pun. ampu perut dgn bantal jika batok, bersin, susukan anak. Keringkan luka jahitan dgn menggunakan hair dryer slps cuci air suam etc. Makan ubat ikut jadual dan standby lah ubat tahan sakit sekiranya apa² (minta nasihat doc dulu ya) dan ubat utk senang nak buang air besar, takot tibe² sembelit ke apa ke nayaaaa... moga dipermudahkan segala urusan 😊

Baca lagi