Jom borak mama❤️
Saja nak luahkan apa pendapat saya sebagai first time mama. Mungkin mama2 yg lain boleh share jugak apa yg mama lalui☺️ Alhamdulilah dah sebulan lebih jadi new mom. Macam2 perasaan saya lalui. Jujur teramat, penat ye jadi ibu ni😅 walaupun saya on maternity leave dan bakal naik keje nanti, tak dapat bayangkan ibu2 yang suri rumah jaga anak 24jam, dengan nak masak utk suami, gigih jaga anak sepanjang malam taknak kacau suami sebab esok suami nak keje, fuhhhh. Kalau ada ibu2 yang lalui apa saya cakap, Anda memang hebat👍🏻 Saya sendiri pun kdg2 koyak dan rasa tak sabarnya nak naik keje. Sebab anak nanti nenek dia yang jaga sementara saya dan suami keje🫠 Kdg2 sampai saya cakap dengan suami, “u boleh keluar walaupun pegi kerja, tak perlu hadap nangis baby, tukar pampers”. Pernah terfikir layak ke saya nak merungut penat saya berbanding suami yg pegi keje dan balik masih jaga anak?💔 Tapi walau penat mcm mana pun, barai dengan tak cukup tidur setiap hari, lagi2 tgh fasa newborn, kdg2 tak tahu apa baby nak. Bila tengok muka baby, hilang sekejap penat. Tapi bila dia nangis, dtg balik penat tu😅 Saya ttc 2 tahun lebih sebelum munculnya si kacang comel saya, siap planning dgn suami, nak cepat2 anak no 2 sebab rezeki anak ni susah dapat (pemikiran saya). tapi sejak dia ada, saya rasa mcm biar la dia besar dulu. Saya tak ready utk yg no 2. Saya lalui pengalaman bersalin yg bagi saya sangat saya tak jangka dan saya trauma. Trauma sampai dah balik rumah pun asyik menangis je. Kakak nasihatkan saya “jangan mcm tu. nanti meroyan. kena kuat”. Dalam hati, hebat mak2 kita sampai boleh ada anak 5, 10 org. Besar tanggungjawab nak jadi ibu ni. Sebab tu la org cakap kalau suami tak hargai, memang silap besar la. Sekian dari saya yang baru tahu kehidupan jadi mama❤️✨ #firstmom