Komen luahan hati anda dengan TAP MOD TANPA NAMA / ANONYMOUS

Rasa tertekan? Kurang keyakinan diri? Masalah yang tidak pernah selesai berulang kali menyelubungi diri? Jom luahkan semuanya tanpa kira latar belakang anda dan situasi yang anda lalui dengan TAP MOD TANPA NAMA / ANONYMOUS. *P/S : Syarat wajib sebelum komen di bawah, tandakan TANPA NAMA / ANONYMOUS. #TAPprihatin

Komen luahan hati anda dengan TAP MOD TANPA NAMA / ANONYMOUS
67 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kesabaran menjadi kekuatan untuk Saya terus hidup. Mama dan Abah menjadi dorongan untuk saya lebih kuat. Saya seorang isteri kepada muallaf. Orangnya baik tapi kurang pendekatan pada agama. Kadang2 tekanan duit yang tiada akibat perbuatan j***. Tapi Alhamdulillah, dia seorang yg lembut hati. Allah sayang dia kerana seorang suami yang jaga keluarga dia. Dia sayangkan anak. Cuma Saya mohon pada Allah agar dia kuat, ikut agama Islam dengan baik dan dijauhkan dari kejahatan Jin dan manusia. Saya mohon agar kawan2 ibu juga turut doakan agar kita semua sabar untuk tangani masalah dalam isu Covid-19 ni semasa tempoh PKP. Saya sayang suami dan keluarga kami.

Baca lagi