Dr. Amalina Bakri Postpartum Care

Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yg saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yg berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor. 👉🏽Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan. 👉🏽Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo. 👉🏽Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu. 👉🏽Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots. 👉🏽Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation. 👉🏽Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis. 👉🏽Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau sekurangnya 6 minggu selepas bersalin. 👉🏽Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga. Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Good info