pregnant umur hampir 40

pregnant tanpa sengaja, sbb rancang sendiri. tahun ni saya umur 39, ni ank ke 5. kiranya nanti bila dah bersalin umur 40, thn lps saya dah keguguran . bleeding dan terus gugur. skrg saya xtau nak describe perasaan ni, nk happy atau apa. adakala cuba muhasabah diri, org lain xnak anak, kita silap skit pun terus lekat, bila bayangkan wajah baby saya rasa excited, tp xtau saya ni mampu ke x nak ada lg baby di usia skrg. Allah nk bg juga kali ni thn lps xjadi, mungkin ada hikmah. Selalu doa dimurahkan rezki , tp Allah bg rezki anak ramai, sbb anak pun rezki. Saya cuma bimbing saya xlarat bila perut makin membesar nanti. last saya preggy umur 33 , saya xlarat sgt. Mommys yg pregnant di usia saya ok ke?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, Puan. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan Puan. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada suami dan anak anak. Saya cuma nak kongsikan pengalaman sebagai seorang anak apabila mama saya disahkan mengandung anak ke-5 pada usia beliau 40 tahun. Alhamdulillah saya yang sulung masa tu baru habis SPM. Saya sendiri tengok masa mama dapat tahu mengandung lagi, beliau in shocked, menangis sebab rasa tak mampu nak harungi. Waktu tu papa dan kami adik beradik sentiasa bagi sokongan fizikal dan moral untuk mama. Tambahan pula, mama kategori high risk pregnancy disebabkan faktor umur, low hb, GDM. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, lahir lah adik bongsu saya. Saya dan papa yang uruskan mama dan adik semasa pantang. Maaf kalau perkongsian saya ini tak membantu Puan. Apa yang saya cuba kongsikan dapatkan lah sokongan dan bantuan daripada suami dan anak anak. InshaAllah ❤️

Baca lagi

Saya 37, now pregnant anak ke-6.. 2x gugur sebelum ni. Alhamdulillah, kalau Allah dah bagi, mmg Dia akan mampu kan kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ya sis.. Aamiin 🤲