Alahan makanan first trimester

Preg 6week. Tak boleh nak makan nasi , ayam ngan lauk2 ikan. Kalau tengok atau terbayang je rasa kembang tekak nak muntah. Now saya paksa juga makan nasi kadang2 ngan telur goreng. Lepas tu buah epal yng manis pun saya rasa pahit. 🥺 Sambil menaip ni saya makan roti keping je. Ade idea tak makanan apa lagi saya boleh cuba nanti. #ingintahu #bantusharing

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama la saya masa beberapa minggu lepas. Dari ada selera sampai taktau nak makan apa. Semua makanan biasa makan jadi loya tekak bila tengok. Kadang sebut pun dah nak muntah. Last sekali boleh makan nasi kosong dengan ikan pekasam tapi tak boleh amalkan selalu. Takut darah naik ke apa pula. Itupun dah hujung minggu ke13 baru boleh la telan. Sebelum tu paksa diri makan walau sikit & akan muntah. Kadang minum milo o panas dengan biskut kering ja alas perut sebab takut makin lemah. Berat pun turun banyak sampai nurse terkejut.

Baca lagi

saya dah pregnant nak masuk 11 week untuk first baby, masih takda selera makan. buat masa ni tekak boleh telan roti , buah buahan dgn kurma je. susu saya minum kena cirit birit. kalau makan nasi hanya tanpa kuah kadang semua jenis lauk tak boleh nak telan. tapi kadang paksa telan sikit nak dapatkan khasiat dari sayur. kalau alas perut selalu buat milo suam2 dengan biskut kering. risau perut selalu lapar tapi tekak masih rasa loya lagi sampai peti ais kat rumah pun tak mampu nak bukak , bau tu buat rasa nak muntah 😅

Baca lagi

Bestnya kalau dpt msuk telur goreng.. Saya pregnant, xdpt nk makan telur. Masak pun xnk cmpur telur dh. Skrg rasa kembang tekak bila imagine telur goreng... Ayam xdpt.. Kdg2 xthu nk makan apa. Bila dh hlg slera mcm ni.. Saya makan vitamin yg doktor bg.minum susu, makan Kurma utk alas perut.. Makan buah2. Coklat sikit2. Yg penting xlapar. Dh la mkin hr mkin kerap lapar. Tp xtahu nk makan apa.. Tgk makanan kt facebook sedap2.. Blh kembang tekak nk muntah.. 😞😔

Baca lagi

Cuba makan pisang, buah naga, oren, mangga ( cari jenis yang tak lembik & rangup sikit ), cereal, plain yogurt @ yogurt yg boleh puan makan, roti wholemeal, biskut, puan makan sikit tapi kerap. Saya pun macam puan juga masa 6W sekarang dah 12W, masih mual lagi banyak makanan yang tak boleh tengok, skrg ni pun saya paksa utk masak sendiri sbb bila masak je saya boleh makan.

Baca lagi

Awl2 memang rasa okey tp once masuk 6w selera makan memang totally takde,tengok nasi pn loya,yg dpt masuk susu n buah buahan tu pn xdpt nak masuk banyak, sampai gastrik jadinya,any tips momy2, saya first time feel pregnant experience,perasaan bercampur baur, excited ada,worried ada..😅

saya pula xkisah mkn ape pun,tp kne mkn dlm kuantiti sangat sedikit & kerap..padahal perut lapar sgt2 & rasa xnk benti mkn pun..kalau terlebih,abis semua muntah balik..kalau mood muntah on,dr pg smpai mlm la muntah..mkn apa pun keluar balik..harap2 cpt la benti alahan pregnant kalini

sama la kita . dah 8w pun mcm tu juga . sampai ramai tegur badan dah susut 😅 perut ni lapar bekeruk2 tp x boleh telan . buat masa ni lalu makan biskut lemak dgn buah2 an je . mmg ayam gn ikan byg pun x boleh apetah lg nmpk 😌 kesian kt suami je sbb da lme x dpt masak kn utk die 🥲

cuba makan roti, oat, mee bihun, saya masa anak first pun semua tak lalu nak makan. sampaikan sebut nama makanan tu pun boleh buat muntah xD saya paksa juga makan tapi tak makan la yang nasi apa semua tu saya makan lebih kepada roti dan bihun 😅

Masa first trimester saya alah sangt teruk , tk boleh bau makan mcam nsi2 yg berlauk tk kisah lh beli bungkus atau masak sendri , mkn sesuap dua akn keluar balik, jadi sya makan roti, biskut dan saya bnyakkan mkn buah sajaa , susu jngn lupa minum

Snack maybe boleh try kurma ajwa or Badam or apple or pisang. Sy pun selalu muntah pagi2.. tp kwn suggest pagi2 minum jus delima. Tghri mkn nasi putih lauk2 kering. Mlm mkn ringan2 je makan.. mcm buah n susu kambing pns n badam. Skrg dah 12wks.