Pengalaman keguguran
Pengalaman yg tak dapat dilupakan. Rasa cramp perut mcm senggugut, dalam masa yg sama cirit birit. Bila dah rasa sakit, Terus ke klinik untuk cek kandungan. Sampai di klinik waktu tengah hari, hb normal, doc buat scan tengok kantung dah berada ditengah senang untuknya keluar dan doc sahkan berkemungkinan keguguran. Dalam masa hari yg sama waktu malam, Tumpah darah yang banyak berketul keluar bersama janin. Waktu ni mmg rasa cirit birit juga. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan waktu tu dan yg pernah mngalaminya yg tahu betapa lemahnya bdn waktu ni. Sakit seluruh badan. Keesokkannya, kami terus ke klinik utk buat scan sekali lagi nak pastikan sama ada keguguran tu dah clear atau belum dlm rahim. Hb normal, mata pucat keletihan/kepenatan dan Doc di klinik sahkan mmg tiada apa2 kantung atau janin yg tersisa di rahim. Cuma dinding rahim tebal waktu ni. Tapi doc minta refer ke hospital untuk lebih detail. Sampai di hospital, doc buat pemeriksaan. Hb normal juga dan Doc Cek laluan pembukaan. Berkali kali sakit. Tapi Alhamdulillah tak perlu cuci rahim. Doc suntik ubat kecutkan rahim di punggung. Pedih juga rasanya. Bila dh disuntik, dalam berapa minit terus rasa side effect muntah mual pening mamai sedih pun ada. Sekarang perlu berpantang. Doakan saya Semoga cepat pulih.