Pengalaman Menyusu

#TAPx59S Pengalaman menyusu saya mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Bayi saya disahkan mempunyai masalah chronic lung disease, serve coarctation of aorta with small PDA and PFO. Jadi bayi saya tidak dapat bernafas seperti bayi normal. Dia memerlukan sokongan oksigen daripada mesin, bermula dari intubasi seterusnya BPAP, CPAP dan nasal prong saya hanya perlu pam susu dan bayi hanya boleh minum melalui tiub sahaja. Selama 3 bulan selepas lahir dia tidak pernah menyusu secara langsung bersama saya. Saya tiada pengalaman menarik tapi harga sebuah pengorbanan bilamana saya tidak dapat menyusukan bayi secara direct, saya berusaha untuk pam susu, sungguh saya kecewa sebab satu sesi hanya dapat 1oz tu pun selama 1jam. Tapi saya bangga, bayi saya dapat minum susu saya dan lama kelamaan susu semakin banyak. Ini pengalaman anak pertama saya

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Terima kasih kerana berkongsi mommy🥰