Nak tips turun kan kuning newborn
Hi parents, Saya nak tips turun kan kuning baby. Newborn baru 9 hari susu badan kurang dan baby kuat tidur siang. kami baru first time ada anak jadi kurang ilmu mungkin korang boleh kongsi sikit tips, tq.
ibu kena makan makanan cukup nutrisi, minum air banyak2,jaga emosi tak nak stress2 dan boleh cuba berurut sebab kadang2 saluran susu tu tersumbat.. kalau baby kuning mmg kuat tidur sbb dia penat,kurang oxygen. Awal2 ni kejut ja setiap 2 jam. Basuh muka/lap badan dengan kain basah/mandikan kalau baby taknak bangun menyusu. Usaha bagi susu badan banyak2 supaya baby banyak kencing dan berak. Susu badan yang terbaik sebab mudah hadam, jadi baby cepat sikit membuang.. elakkan cadangan suap selain susu dekat baby, sbb perut baby tak matang lagi nak proses selain susu. Satu lagi, kalau siang hari, biar baby baring dekat tempat cerah, jangan dok dalam gelap ja.
Baca lagiSy pun anak first. Mula2 takda susu tp sy mengurut alhamdulillah susu byk. Blh try mengurut. Tp sy cmpur jgk dgn susu formula karihome, sbb baca ada yg share elok untuk baby kuning. Untuk baby sy mandikan dgn air herba kedai cina, lap2 badan dgn air cap badak. Kuning dari 200 turun jd 137, last check dh turun 87 terus discaj xperlu ulang alik kk dh. Yg penting kena byk bg susu, siang mmg kena kejut bby. Bby kuning mmg dia suka tido, blh kejut2 dia slalu sy lap2 badan dgn tisu basah dia rasa sejuk2 dia akan bangun. Lain baby lain cara, sy share sy pnya je. Semoga bby awk cpt baik ya.
Baca lagiHaritu baby kuning 250 , keesokkan turun 216 Lepas 2 hari check turun 171 , lusa tk thu berapa harap turun banyak . Sejam sekali bagi baby susu + campur susu karihome + mandi air belimbing buluh& herba mandian cina . Sebab ibu die darah O+ , bagi susu ibu saja baby tk kuat kencing and berak . Harappp lusa turun banyak lgi 🥹 siang malam bersengkang mata nak kejut baby sejam sekali 🥹 harap ibu ii kuat demi turun kan kuning baby🫰🏻
Baca lagiSya just kongsi pengalaman. Baby kuning dri 210, ulang alik klinik 3 hari ja, baby dh bebas kuning. Sya bgi susu badan. Sya amalkan mkn buah oren dgn sunquick suam utk baby kerap berak. Kena rajin kejutkan baby bgi susu. Lepas tu mandikan baby dgn herba cina. Baby skrg baru 17 hari ☺️
Baby kena kerap menyusu. Setiap 1 jam kena kejut bangun minum susu. Anak saya pun kuning tinggi sampai kena masuk ward. Misi kk cakap jentik tapak kaki untuk kejut baby minum susu. Pastu ikhtiar mandi macam2 air daun inai, daun belimbing buluh, daun laksamana.. air halba macam..
Saya guna mandian herba cina beli dekat kedai ubat cina.. 3 hari je kuning.. hari first 9.5, hari ke 2 naik 12 lepastu hari ke 3 dah turun 3.6.. start guna bila kuning anak naik 12 tu..
sis mengurut susu tau. susu ibu menawar kuning baby. masa anak saya kuning, saya mandikan baby dengan air rendaman daun kucai. insyaAllah kita ikhtiar
anak 1st,11 hari ulang alik klinik + 4 hari warded sebab jaundice. anak 2nd 10hari + warded sehari. anak 3rd 8 hari kuning dah hilang.
Campur susu formula sist, bgi kerap minum susu nnti dia berak kencing turun la tu Sebab ank saya pun tu hri kuning tinggi juga
beli ubat tambah susu dkt farmasi , sya mula2 pun takda , lepas makan ubat slow2 susu badan banyak