Pagi tadi saya ada jumpa doktor untuk scan selepas 2 minggu. Haritu masa 09/10/2020 ada di scan doktor nampak kantung saja baru 6minggu. Tapi kalau ikut kiraan dari tarikh period saya sebenarnya kandungan saya dah 9minggu masa tu. Sekarang ni sepatutnya 11minggu 3hari. Tapi pagi tadi doktor scan lagi masih ukuran yg sama 6minggu dan masih kantung saja yg nampak. Doktor kata juga baby belum nampak lagi. Lepas tu dia call doktor pakar. Doktor pakar pulak bagitahu kemungkinan saya miscarriage 😢 sedih pulak bila dengar doktor cakap macam tu. Tapi saya takda simptom pun. Takda pendarahan. Saya tak nak benda ni berulang kali. 3 kali dah terjadi dalam sejarah hidup saya. Saya nak yg kali ni betul² menjadi. Saya tak sanggup 😭 saya sayang baby ni. Ada tak mommies sini pernah terjadi macam saya?? Saya tak pernah tertinggal pun makan folic acid, vit, ubt tmbah drah dan b complex. Makan saya pun ok. Macam mana pulak baby tak nampak dan kantung tak membesar?? Boleh share kan pengalaman kah? Tolong saya. 😭😭
#bantusharing #mommybuntu