SAKIT PINGGANG ?

NORMAL kew ? Sakit pinggan ketika HAMIL 8 minggu nie ? kenapa ye ? teruk sangad ase nk menangis??? xbole diri lama sgd. sakit bdn..lenguh2x..kenapa ye ? ada cara x nk kurang sakit pinggang nie ? ???

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

PUNCA SAKIT PINGGANG SEMASA HAMIL Berdasarkan laporan, hampir 50% hingga 70% wanita hamil akan mengalami sakit pinggang. Ada yang merasakannya pada awal kehamilan, dan ada pula yang merasakannya fasa pertengahan atau akhir kehamilan. Ada beberapa punca sakit pinggang semasa hamil yang perlu anda ketahui: ♥️Berat badan bertambah– Bertambahnya berat badan sesuai usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. Apabila berat badan bertambah, beban akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang sehingga menyebabkan rasa nyeri pada bahagian tubuh tersebut. ♥️Pusat graviti berubah – Seiring dengan pertambahan besar rahim dan perut, pusat graviti akan berubah ke hadapan. Keadaan ini boleh menyebabkan postur tubuh turut berubah di mana seseorang cenderung untuk tunduk dan membongkok tanpa disedari. ♥️Peningkatan hormon – Sesetengah wanita mula berasa sakit belakang seawal kehamilan lagi, di mana berat badan mereka belum bertambah secara mendadak. Dalam kes ini, ada sumber lain menyifatkan peningkatan hormon sebagai punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan adalah untuk mempersiapkan tubuh untuk kehamilan, di mana mungkin berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang. TIPS MELEGAKAN SAKIT PINGGANG: 1-senaman kagel & senaman perut mampu mengurangkan sakit pinggang 2-pilih kasut yg sesuai 3-urutan 4-sentiasa melakukan regangan 5-bantal tambahan utk sokongan( pregncy pillow) 6-mandi air panas normal utk ibu2 prgy dgn simptom sakit pinggang. sy pon sdg alami skrg (10wk), cuma xsemua lalu simptom2 yg sma. klu berlarutan smpai menjejaskan kesihatan, jmp doc♥️

Baca lagi