13 Balas
PUNCA SAKIT PINGGANG SEMASA HAMIL Berdasarkan laporan, hampir 50% hingga 70% wanita hamil akan mengalami sakit pinggang. Ada yang merasakannya pada awal kehamilan, dan ada pula yang merasakannya fasa pertengahan atau akhir kehamilan. Ada beberapa punca sakit pinggang semasa hamil yang perlu anda ketahui: ♥️Berat badan bertambah– Bertambahnya berat badan sesuai usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. Apabila berat badan bertambah, beban akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang sehingga menyebabkan rasa nyeri pada bahagian tubuh tersebut. ♥️Pusat graviti berubah – Seiring dengan pertambahan besar rahim dan perut, pusat graviti akan berubah ke hadapan. Keadaan ini boleh menyebabkan postur tubuh turut berubah di mana seseorang cenderung untuk tunduk dan membongkok tanpa disedari. ♥️Peningkatan hormon – Sesetengah wanita mula berasa sakit belakang seawal kehamilan lagi, di mana berat badan mereka belum bertambah secara mendadak. Dalam kes ini, ada sumber lain menyifatkan peningkatan hormon sebagai punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan adalah untuk mempersiapkan tubuh untuk kehamilan, di mana mungkin berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang. TIPS MELEGAKAN SAKIT PINGGANG: 1-senaman kagel & senaman perut mampu mengurangkan sakit pinggang 2-pilih kasut yg sesuai 3-urutan 4-sentiasa melakukan regangan 5-bantal tambahan utk sokongan( pregncy pillow) 6-mandi air panas normal utk ibu2 prgy dgn simptom sakit pinggang. sy pon sdg alami skrg (10wk), cuma xsemua lalu simptom2 yg sma. klu berlarutan smpai menjejaskan kesihatan, jmp doc♥️
Ok lagi sis,sy start 5w da skt pinggang,nak tidur,bjln semua serba salah..klu duduk kat keta kena bawa 2biji bantal utk alas,,mkin bsr perut mkinlah teruk..sblm tido tpksa spray dulu bhgn pinggang..
Masa tido malam nti kiri kanan mesti disupport bantal. Dan better tido mengiring satu kaki diangkat sedikit cm kita oeluk bntal peluk tu. Insha allah bgun pagi esok kurang sikit rasanya tu.
Normal sis saya awal2 alah, pastu sengal dkt pinggang kdg rasa lenguh2 satu bdn , sabar ya ingt demi ank yaa😊
Kene jumpa doc.. Klu sakit yg teramat ni bkn biasa². Spatutnya 8w tak sakit pingang lagi pun..
sama la...7 weeks tapi sakit pinggang sgt2...kdg2 nak nangis rasanya sbb sakit sangat...
Normal sis. Kadang pedih hulu hati pun ikut sakit. malam tu yg susah nak tido
sabar sis . perempuan mmg akan rasa
Normal..belum rasa kejung kaki lg
Normal