hidung berdarah

normal ke waktu pregnant hidung kerap berdarah ya ? seminggu tu boleh kata 3 4 kali jugak la

hidung berdarah
42 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, hidung berdarah adalah antara gejala yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Hal ini berlaku kerana saluran darah yang mengembang sewaktu kehamilan dan saluran darah pada bahagian hidung ini lebih mudah tercedera. Namun begitu, sekiranya pendarahan berlaku terlalu kerap atau terlalu banyak, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor agar dapat memastikan bahawa tiada sebarang masalah lain yang menyebabkan anda mengalami gejala ini. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi