breastfeeding
normal ke susu badan tak keluar lagi walaupun dah 2/3 hari baby delivered? risau la susu tak keluar langsung . tp payudara dah bengkak macam ada susu #firstbaby #pleasehelp #bantusharing

Normal. Paling lama seminggu baru keluar. tapi jngan biarkan. banyakkan bonding skin to skin dgn baby. Ibu buka bra, anak tak pakai baju. Letakkan anak pada dada , hidu puting ibu. Biarkan anak hidu, hisap untuk rangsangan. Pastikan lekapan mulut anak pada aerola, bukan pada puting. ibu minum air kosong secukupnya. Makan makanan lengkap nutrien, amalkan diet suku-suku separuh. Buat urutan dada dan senam dada sesuai selepas bersalin. Elakkan stress, be a happy mom. Boleh tanya nurse semasa cek up di klinik selepas bersalin. Boleh ikuti medsos kaunselor penyusuan bertauliah utk dapatkan indo bermanfaat atau dapatkan bimbingan drpd mereka.
Baca lagi


