4 Balas
Hai sis. Baby saya 5bulan16hari. Tak silap saya since dia masuk 4bulan kot, dia dah tak kerap berak mcm selalu. Kalau tak, asal lepas menyusu je mesti berak kadang sampai 3 4 hari dalam sehari. Skrg ni dia berak pun selang seli (ada masa 2 hari tak berak, kadang 1 hari tak berak, kadang berturut-2 berak & ada masa dalam 1 hari 2 kali berak). Mula-2 risau jgakk sbb takut baby sembelit ke apa. Tapi baby ok je, aktif, takde meragam & perut pun lembut je. Masa appt kat kk.. saya ada tanya nurse.. nurse ckp normal je asalkan baby nmpak aktif, perut tak keras, tak meragam apa semua. As long as sis nmpak baby masih ok then no need to be worry. Selain dari ayat kat atas tu, saya baca kalau baby dah lama tak berak means usus dia dah bertambah baik. Alahhh. Mcm kita yg dewasa ni, kadang ada hari kita pun tak berak jgakk kan. Hehe. Tapi kalau mcm dah lama sangat ke apa, sis boleh try mengurut kat perut baby atau buat senaman kaki.
Normal jer.Sebab baby saya pun baru 5 bulan 18 hari.2@3 hari baru buang air besar…Kalau tak normal tu kalau baby asyik meragam dan perut tak selesa.Kalau baby cam biasa jer takde masalah.
dia setakat ni xmeragam apa².. cuma sy sebagai Ibu Kadang bimbang lebih². salah 1 faktor nya bila sekeliling ada baby jugak tpi ank dia kerap berak. haaa tu yang runsing. tpi jawapan Sis melegakan saya☺️
Mungkin sis blh tgk juga keadaan baby, klu baby ok je xde tanda2 merisaukn should be ok kot. Tp x salah juga klu nk jumpa doctor blh tnya
oke.. kalau amik masa lama xberak sy akan ke klinik tny Misi n doc. tq ye
Terima kasih ye Semua atas perkongsian yg sgt berguna ni. membantu lega kan hati sy 😍🥰
Anonymous