umur brp plg awl boleh mulakan susu formula?
nk biasakan awal,sbb after 3months sy akn bkerja smula 🥲. baby bru umur sminggu lebih hehe. tq
Saya anak 3 minggu dah start fm, anak lama kat nicu tp masa kat nicu tu sy mmg pump je susu bagi d bank susu dan nurse bagi minum kat anak susu badan saya. minggu pertama dan kedua ok laa susu meriah jg tp sebab xde ransangan direct dgn anak susu start drop teruk masa masuk minggu ketiga tu. start je tinggal sama2 anak usaha teruk nak bagi anak biasa dgn nipple kita utk df tp anak reject sbb kat nicu tu anak susu guna cup feeding.. Sedih jg mula2 sbb xdpt nak df kat anak sbb yalaa impian ibu2 tu nak bagi sumber susu yg terbaik untuk anak kan. Tp rezeki org lain2 dlm bab ni ada yg bertuah dpt susu badan smpi anak 3/4th ada jg yg langsung x dpt bagi anak susu badan sbb byk mslh. Mula2 tu bnyk je mulut2 kata knapa x bagi susu badan, persoalkan sy bagi susu fm kat anak mcm berdosa sgt. Tp mereka xtau penat lelah usaha dah banyak sgt nak bagi anak susu badan tp semua x jalan. Anak premature lg mulut mmg kecil, nipple kita pendek +lebar mmg mencabar. Lama2 sy masak ja dgn ayat2 org sekeliling dan biarkan je, anak sy, sy yg hadap 24/7 bukan org lain. hehe. Mcm sy, sy terus bagi je susu fm kat anak masa umur 3minggu lepas susu badan drop teruk. Klu awk masih ada susu badan try dlu pump bagi anak susu badan tu melalui botol.. nt boleh sulamkan dgn fm pelan2 bagi anak biasa dgn susu fm.. Kalau boleh start awl untuk bagi anak biasa dgn botol klu lambat2 risau anak dah kenal sgt tu dia reject susu botol.. dan jangan risau dngr kata org yg susu ibu ni bagi anak cepat naik berat badan or bagi anak cepat pintar. Tu semua x betul pun, yakin je dgn perkembangan anak kita..
Baca lagiSaya baby hari ke 7 dah mula, sbb susu sy jenis x meriah, nk jdikan cerita hari 9 luka czer sy infection so kena admit blik wad, so bila di wad sya try pum,tapi mmg x de susu, hnya prcik2 je kluar, smpai bila pagi doc pakar tnya pam susu x , sya kata x susu dy x de sngt, pstu dia kata kerapkan pam, tapi x de pun, so dri situ anak mcm lebih minum susu fomular. bila kluar wad seminggu lepas tu, mmg mcm kering je susu sya, mgkin sbb sya stress msuk ubat bnyak sngt kan,. Alhamdullulilah anak saya okey sesuai susu dgn dia, saya anggap ank x de rezeki nk susu bdn sy
Baca lagiterpulang dekat awak. awak yg decide. kalau awak rasa itu memudahkan then proceed. cumanya susu fm ni awak kena try and error sampai jumpa yg serasi dgn baby awak. kena alert dgn tanda2 alahan susu fm dkt baby. cumanya kalau nk continue susu badan awak boleh start pump susu utk buat stock selepas baby umur sebulan. dan bagi susu bdn melalui botol. awal2 ni focus dulu directfeed. sy mommy yg berkerja. both ank2 sy sy buat mcm tu. siang baby minum susu bdn melalui botol. mlm baby directfeed. saya buat stock ebm utk dihantar ke rumah pengasuh
Baca lagiboleh seawal 1 hari pun boleh dah minum fm. cuma kita ibu2 yg decide nak fm or bf. pada saya of course la kan susu ibu plg terbaik and sdh pasti sy nk bf anak selama mungkin and selagi boleh. but terpulang pada ibu2 sendiri. sbb situasi,peluang and kemampuan kita beza2. if u decide nak fm u boleh start dah sbb kalau u buat dekat2 u nak start kerja nnt ank u reject jenuh.
Baca lagitak kisah. 1 day kalau nak bgi susu formula pun boleh. dekat nicu pun diorang bagi susu formula. cumanya pada baby, sesuai takk susu dan botol yang kita bagi. kene tahu sesuai atau tak. kalau baby tak terima botol tu maksudnya dia tk suka jenis botol tu, cuba bagi botol jenis lain. jangan putus asa. anak saya umur seminggu saya da bagi susu formula.
Baca lagisy xda pengalaman lg tp sblm ni penah tgk tt bella khan je masa dia baru² ada baby. . awk bole start buat stok susu (pump) pastu nt pelan² introduce baby kpd botol susu. kalo stok susu awk meriah mknanya awk dah jimat xperlu beli susu fm, cuma nak konsisten kan pump je la masa dah start masuk keja nt.
Baca lagiSaya tengok pada pengalaman kenalan saya. sebulan sebelum masuk kerja mereka dah start ajar anak botol & susu fm. Untuk permulaan selalunya perlukan bantuan suami atau sesiapa (selain momy) untuk berikan susu. Kekadang baby ada jenis cepat adapt botol & susu fm. ada baby amek masa.
tpulang pada sis.. sye pun introduce botol awal pd baby.. cuma get ready utk baby nipple confuse & low milk supply ble da introduce fm.. tggu yg lain komen mgkin bley mbantu sis..
Anak seeloknya susu badan at least 6 bulan pun dah ok. Start 7 bulan u nak kenalkan susu fm pn takpe.
anak sya nb dh mnum susu formula. kluar je wad xde susu dia lapar.. susu formula la jwab nya😂😂