tips turun kuning

nak tips turun kuning pls mommy 🙏🏻 penat ulang alik klinik hm. thankyou! #firstmom #ingintahu #newmom

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cara paling cepat turunkan kuning/jaundice ialah melalui berak. Tahi dah kuning tu petanda baik. Ni yang kami buat & dapat turunkan bacaan dari 14.3 kepada 5.0 dalam masa 10 hari. Anak pertama, darah O . - Susukan setiap 1 jam. Ni termasuk waktu malam tau. - Kalau baby tidur, kejutkan dia jugak untuk menyusu (geletek kaki, cuit2 pipi atau leher). - Kalau susu badan tak banyak, kami bancuh susu formula Enfalac Baby. Kami buat satu scoop/ounce untuk gap 1 jam, kalau nak gap jauh kami buat dua scoop. - Pastikan baby kerap berak & tahi kuning. Kalau tak kerap & tahi tak kuning, maksudnya sumber susu tak cukup. - Pastikan si ayah main peranan juga. Bagi sokongan moral, jaga makan minum si ibu, tolong berjaga teman si ibu susukan baby, tolong salin pampers. ~ Dari seorang ayah yang nak baby cepat sihat.

Baca lagi

Susukan baby setiap 1-2 jam. By hook or by crook maximum 2 jam je. Jangan miss or skip jadual susu. Baby jaundice memang banyak tidur sebab dalam keadaan 'tak sihat'. By all means, kena kejut jugak. Boleh minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain untuk bawa baby ke klinik. Awak tak ikut pun takpe. Be strong mommy 💪I've been there before. Waktu ni crucial untuk dapatkan support daripada suami dan keluarga. Get well soon. Sekarang anak awak berapa hari? Kalau awak takde kekangan bajet, boleh sewa lampu Fototerapi. Plus kalau tak nak follow up kat KK pun takpe. Boleh check jaundice kat klinik swasta.

Baca lagi

susu susu dan susu.. keep bf siang & mlm puan. 2jam tp kalau blh tiap 1jam. gap tu start dr mula menyusu. kuning turun melalui najis, ada baby cepat turun ada baby lambat berbulan2. puan tk mampu bwk baby, bg suami or org lain pun tkpe, nk cek kuning kn kejap je tk menunggu lama mcm jumpa doktor pn. big hug 🫂🫂🫂 dr sy yg sama blood group A+ dah bg mcm2 tp anak prolonged jaundice 1m, 3x warded nnj, test darah test urine semua ok

Baca lagi
9mo ago

anak sy dulu tk warded pun. test darah urine kat kk je

ank sy masa kluar dari hspital lepas bersalin doc ckp xde kuning, pastu esoknya g kk upenye kuning 195 .. tapi hari first kluar wad tu sy dah bagi fm tapi mix dgn susu badan .. 3kali check up kuning, alhamdulillah harini last dah turun 74 kuningnya .. anak sy kuat tido tapi kuat susu n kuat berak jugak .. jadi rasanya nak turun kuning baby kena bnyk susu n kerap berak la kan 😅 sy anak first jugak 🫣

Baca lagi
9mo ago

anak saya kuat beyakk jugak tapi kuning tak turun. poninggg maknya 🫠😂

Anak saya warded sebab kuning selepas 4hari. Masani saya bagi full bf tapi lepas kuning bby tak trun. Saya tekad bagi susu formula . Alhamdulillah makin last check bby 10hari kuning tinggal 6 . Esok check lagi semoga takde terus.

mcm sy bg susu lactogen n mandikan dgn sirap turun cepat tp sy still bg susu bdn gak,tgok gak ank serasi tau tak.ada y bg petua mandikan dgn daun belimbing buluh,try je asalkan x mudaratkan bby

8mo ago

sirap tu kordial ke macam mana? reply asap pls mommy! 🥹

bagi Susu Tin Nama Karihome itu Susu Kambing ade jual Kat Farmasi Sy bg itu utk baby Sy..dlm 5 hari kuning dah hilang anak Sy dulu kuning dlm 300ratus lebih.

Baca lagi

Same here sis.. dah 3 minggu berulang kk.. sy pun emergency czer.. sakit pun tak brapa ok lg.. moga sis kuat

Hmm anak saya pun sama tk turun lgi kuning nya.. dah cuba macam2 and baru nak try mix dgn fm later. 😣

9mo ago

Sis Pergi Farmasi Beli Susu tin karihome Susu Kambing. .Anak Sy kuning Kat 300 lebih .. I bg Susu itu dah ok dlm 5 hari

boleh mandikan rebusan air pokok dukung anak bagi turunkan kuning bayi