Keguguran week 7

Hi. Nak tanya yg ada pengalaman. Saya disahkan keguguran oleh doktor, masa 1st scan dulu 1 june nampak kantung saja selepas 2nd scan pada 22 june kantung dan janin xdpt tgk langsung. Doktor sahkan pesenyawaan tidak terjadi. Dr beri pilihan sama ada tunggu darah keluar secara semulajadi ataupun jumpa pakar untuk cuci. Bagaimana rupa darah yg akan keluar nnt..adakah seperti darah period dan kalau darah tidak keluar langsung apa yg sy perlu buat? Adakah sy perlu berpantang seperti orang lepas bersalin?#pleasehelp #firstbaby #firstmom #bantusharing

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya biar turun semula jadi, akan ada ketulan besar bersalut darah . itu kantung 🤗 rasa macam ada benda besar nak keluar dari kemaluan . kalau ikutkan saya nak tunggu seminggu lagi untuk tengok perkembangan lepas doktor suggest cuci sebab kan saya nak tggu turun sendiri. tapi dia turun sendiri time di hospital masa jumpa doktor 🤗time tu kebetulan pakai pad . jadi melekat pada pad . doktor kata itu kantung . pantang macam orang bersalin selama 2minggu pun dah cukup sebab baru awal trimester 🤗 makan, minum , mandi. semua kena panas ataupun suam 🤗 untuk elak masuk angin. lepas 2 minggu tu, pergilah mengurut untuk naikkan semula peranakan dan betulkan segala urat yang ada

Baca lagi
2y ago

saya turun darah dalam seminggu jugak sebelum gugur . then baru turun kantung lepas ke hospital 🤗 says tak sure doktor atau nurse bagi ubat apa sebab lepas dapat ubat tu saya lagi sakit, baru kantung tu turun . kalau hospital tu penyebab keguguran tu, saya cuma takkan maafkan dorang 🤗 lepas kantung turun, darah macam orang bersalin tu akan berterusan sampailah kering 🤗

darah byk dan berketul2.. drah fresh byk sgt smpai pad biasa tu tak boleh tampung... kena berpantang mcm org bersalin.. takut bentan nnt klu x pantang.. sy dulu masa gugur x pantang.. gelap mata mcm nk pitam