26w susu keluar

Nak tanya, siapa ada pengalaman susu keluar awal sangat? Saya start keluar dari 20w lagi. Tapi masa tu cuma sikit je, warna jernih lagi masa tu. Sekarang baru 26w, lencun-lencun dah baju. Lagi2 kalau waktu tidur dan mengiring, macam pressure pada breast kan lagi lahh dia keluar banyak sbb bila tido mengiring mcm lengan kita menekan dia gituu faham tak. Sangat melekit, pekat dan ke arah warna cream dah sikit, haritu jernih jee. Saya memang takda picit atau urut breast ke apa sbb bahaya. Boleh trigger macam2 pula nanti. Kadang2 tengah duduk biasa je, tgh makan nasi, tgk tv pun dia boleh menitik nitik lencun habis baju sampai kena pakai breast pad Ada perlu buat apa2 ke? Saya risau kalau skrg dah banyak keluar, nanti nak beranak 37 38w tetiba susu kering pulak. Now, takda rasa sakit atau bengkak pun. Just susu jela keluar. Bau pun mmg bau susu. Satu lagi dah ter overthinking takut kena bersalin awal 7-8bulan. Nauzubillah. Please share if ada experience utk comfort saya. First mom #pleasehelp

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

susu badan terhasil sejak usia kandungan 16w. tak perlu buat apa2 dan tak perlu risau. susu badan tak kan kering. tak perlu buat apa2 dan jangan sekali2 pump. boleh trigger early contraction dan kelahiran baby pramatang. cukup sekadar cuci dgn air bersih setiap kali awak mandi. kalau tak selesa pakai breast pad atau milk collector yg bersesuaian ini penerangan dr lactation counselor puan azura kalau nak pakai milk collector, please mommy guna yang macam dalam gambar saya attach ni, tapi jangan pakai lama-lama atau terlalu menekan ya.. tak sesuai guna milk collector yang ada sucking tu, kandungan ibu belum matang, kita tak nak trigger contraction.. lagi selamat, gunalah breast pad biasa sahaja.. susu akan sentiasa ada selagi ada DEMAND dan SUPPLY. sejurus kelahiran bayi awak boleh terus directfeed baby. belom terlambat utk belajar ilmu penyusuan susu ibu. sebab penyusuan susu ibu ni tak semudah a,b,c.

Baca lagi
Post reply image

Saya pulak seawal 16W dah keluar, tapi takde sampai menitik², cuma perasan kadang² ada tompokan pada baju atau bra. Dan bila nak mandi perasan macam ada kuping² nipis yang dah kering melekat pada nipple. Ada hari ada keluar, ada hari dia kering je. Saya anak first, takde pengalaman, tapi selagi tak keluar susu yang banyak tu takyah risau kot

Baca lagi
8mo ago

kan dia kata susu dia keluar banyak😅

TapFluencer

susu bdn akn terus terhasil smpai lahirnya bby. pnglmn sy, sy cuma pkai breast pad sahaja. bila mandi cuma lap bersihkan..xde usik or picit.

boleh cuba pakai milk collector yang boleh selit dalam bra.