time bersalin

nak tanya mommy2 yg pengalaman masa dlm labour room..masa bersalin tu,doktor lelaki atau doktor perempuan yang sambut baby kita?dengar2 skrng nie masih ada doktor lelaki yg sambut baby..rasa segan pulak nanti kalau tiba2 doktor lelaki yg sambut baby time bersalin tu hmm??skrng tnggu hari jerk baby nak keluar.. #37weeks4days

58 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Nak share pengalaman ya mommy.. kalau saya Tak sempat nak merasa dlm labour room.. sbb Tak sempat nak sampai hospital dh terberanak kt dlm ambulance.. Masa tu just Ada nurse 2 org, medical assistant, driver ambulance.yg plg Tak dpt lupa, nurse terang2 kata prlu segera ke hospital sbb perlu operated,anak kepala Masa tu Kat atas.. Masa tu tgh cuak sgt tk Tau mcm Mana kalau betul operated. Zikir Tak henti2 dlm hati smbil doa byk2,nasib baik Ada suami teman kn..suami Bantu doa, Masa tu dh nangis Tak berair Mata dh mengenang nak operated dh la anak pertama.. than tiba2 denga suara tangisan baby.. Masa baby kluar tu alhamdulilah tkda rasa sakit.. Allah permudahkan..sampai smua org dlm ambulance tu tengok saya pelik smacam jer..hehe 😂💖

Baca lagi
2y ago

bestnya tak sakit. baby brp kg? tak jahit ke masa tu

sy belum bersalin lg. skrg baru 29minggu. tp baru2 ni ada pergi hospital sbb risau gerakan baby kurg dari kebiasaan. first time kena cek bawah. segan btul. mula2 dgn doktor prmpuan, ambil sampel keputihan kt dlm risau kot2 air ketuban yg pecah. lepas tu kena cek bwh lg skali dgn doktor lelaki. masa tu kain mmg selak habis smpai atas dgn bontot2 skali kena angkat. malu sgt2 masa tu. doktor lelaki tu masukkan muncung itik nk tgk bhg dlm ok x. dia kata ada kulat sikit tp xde bukaan apa2 masa tu so balik mkn antibiotik n ubat masuk dkt miss v tu je. nasib la zmn covid kena pakai mask. malunya xtau nk kata

Baca lagi

Kalau nk ikutkn aurat..dgn doktor perempuan pn bahagian tu dikira aurat. Jadi untuk nak elakkan perasaan malu disebabkan terdedah bahagian tu, sy sarankan sis utk beli seluar bersalin mamapride. Seluar ni blh dipakai ketika hendak bersalin dan dibenarkan di kebanyakan hospital. Seluar ni ada ruang terbuka di bahagian peranakan je. Jdi bahagian kaki peha dan lain2nya tertutup rapi. Sis blh try google psl seluar mamapride ni. Sy pn dah beli 2 pcs prepare utk semasa di labor room nt.

Baca lagi

Saya 4 hari kena tahan wad sebelum dpt bersalin. Kenaa induce. Dekat wad 3 kali dpt doctor lelaki yg cek bukaan laluan saya. Masa dlm LR dpt sekali doctor lelaki utk cek bukaan laluan juga. Tapi masa saya dah teran nak terberanak tu doctor perempuan yg sambut. Ikut nasib lah puan mana2 doctor yg available masa tu. Hosp kerajaan kan. Kalau puan nak pilih doctor sendiri, dan ada duit lebih, puan boleh ambik FPP. Puan boleh pilih nak doctor yg mana.

Baca lagi
VIP Member

Masa anak 1st 2014, dlm lr ada 3org doc llaki. Sorang doc ppuan. Tp yg check jln doc ppuan. Yg lain jd tukang sorak. Malu gak bila fikir..tp sbb da sakit+asben pon ada. Fikir nk bersalin ja... Anak 2nd 2016, semua staff nurse dgn jm ppuan. Xda langsung doc. Ank 3rd 2018, nurse dgn doc ppuan gak. Xda llaki..alhamdulillah Harap ank 4th 2020 ni semua doc dgn nurse ppuan ja...aminn Doa banyak2 🤲

Baca lagi

Pengalaman saya baru bulan lepas bsalin, doc laki sambut anak.. Check jalan ada doc laki dan ppuan. Tp kalau tanya saya, based on pengalaman saya, saya lg prefer doc laki sbb diorg lebih lembut buat kerja bbanding doc ppuan. Especially masa check bukaan. Bab bersalin, saya dh x kisah doc mana sambut, asalkan anak selamat.. Alhamdulillah anak saya dh almost sebulan skrg.

Baca lagi

Mostly staff nurse yg sambut. Doc pelatih lelaki kalau ada pun then dia tgk kita wanita muslim, dia akan keluar sekejap masa proses start kita meneran tu. Yg ada husband & staff nurse je. Then, lepas tu dia akan masuk sekejap check baby semua then keluar terus. Cuma bila bab nak check jahitan kdg tu doc lelaki terpaksa check sbb takut nurse jahit xcantik atau tak berapa betul.

Baca lagi
VIP Member

Nanti dah nak bersalin lgsg tk pkir laki ke pompuan sis. Rasa nak baby cepat keluar je. Laki ke pompuan, tolak tepi sbb tgh sakit kan. Harap selamat je semua. Sy masa bersalin ada 2 pakar pmpuan. Last2 ada pakar laki sorg dtg tgkkan sy sbb tumpah darah. Dia check perut, mata sy, jahitan. Semua dia check. Tp time tu takde rasa malu. Dh bersalin tu bru rasa malu 😂

Baca lagi

pgalaman sy byk dpt doc ppuan.sekali je dpt doc laki cina dia seluk cek bukaan.msa di lr ada dua doc pelatih tp dia x buat apa2 dia tgk je doc2 lain buat.masa tu x fkir apa dh.lantak la sbb tgh lyn contraction.tbe2 kene emergency czer ada sorg laki dlm ot.tp yg surgeons doc ppuan.xksh la laki ke ppuan tadah je.skali tu je jmpe pastu x jmpe dh dorg 😂😂

Baca lagi

Saya takde pengalaman lagi tapi sebelum nie saya gugur yang cucikan first doktor perempuan ya allah kasar betul kita tengah sakit lagi rasa sakit. Nangis nangis saya kata sakit dia buat bodo je. Then doktor laki take over alhamdulillah gentle je buat. Time tu memang tak pikir malu dah sebab darah tengah keluar macam air dengan sakitnya lagi.

Baca lagi