Tipu results Bsp ( gdm mommies)

Hi, nak tanya la pernah tak mommies yang ada gdm tipu results bsp yang nurse suruh buat sehari sebelum appointment KK tu? Saya first pregnancy, gdm on ubat dan insulin. Ni second pregnancy pun sangkut gdm. Saya dah dua kali tipu results bsp. Saya sebenarnya tak larat kalau gdm on insulin, akan jadi dua kali sebulan appointment KK. Klinik saya checkup ni pulak tengah renovation. So dorang pindah ke kk yang jauh sikit dari rumah saya. Agak sejam jugak perjalanan tu. Husband pulak kerja, mmg kekangan masa. Mmg susah la kalau kena g Kk dua kali sebulan. Kkdg results tu 5.4, saya tukar jadi 5.2 . P/s siapa yang rasa tak boleh terima, just scroll. Saya tahu salah, tapi saya buat bersebab.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tak pernah sebab saya tahu risiko untuk baby dan diri saya sendiri. Saya taknak menyesal di kemudian hari. Memang saya jaga betul. Apa pun sebab awak, jangan jadikan alasan untuk tak pikir baby dalam perut tu. Itu kan anak awak. Kalau awak nak kata susah sebab husband kerja, why not awak tukar check di klinik/hospital swasta. Swasta open from Monday to Sunday. Awak pilih la hari suami awak cuti untuk pergi checkup tu. Kalau soal transport, awak tinggal area mana? Ada Grab coverage tak? Kalau ada lagi senang, pergi checkup naik grab je. Please jangan ambil mudah ya. Ajak suami untuk bincang. Ni kan anak awak berdua. Suami kena lah bagi kerjasama jugak.

Baca lagi

ikut sis lah. yg berisiko tu nanti sis dan anak dalam kandungan. nurse tolong jaga aje. tipu pun yg rugi tu bukan nurse, tapi sis sebab nurse tak boleh nak pantau betul2, medication pun jadi tak betul kalau jadi apa2, salahkan diri sendiri ye. berdoa jelah harap semua baik2 saja boleh google apa risiko gdm utk ibu dan anak lepastu fikirlah balik apa yg sis buat ni berbaloi ke tak. risiko kematian baby tu ada.

Baca lagi

Sama ja sis kalau gdm on diet pn app ttp 2mnggu skli ... saya ank slung sgkt gdm on diet ni kdua pn sgkt ttp sama 2mnggu skli sis ... mmg lelah jgk ulang alik kan tp apakan daya tiada plhn ttp kna buat