Anak saya pernah jugak macam tu , sekarang umur dah nak masuk 3 tahun . Alhamdulillah dari tak nak makan dah mintak makan .
Bagi makanan yang anak suka makan dan boleh terima . Contoh nya sis kata anak suka makan lempeng nasi , sis cuba olah tambah bahan lain supaya anak boleh terima pelbagai khasiat dari bahan - bahan yang di campur . Boleh tambah susu jugak dalam tu , kalau anak tak minum susu lain boleh jer masuk kan susu badan .
Paling penting jangan pernah paksa anak untuk makan , lagi di paksa lagi dia taknak makan . Kalau boleh jadi kan waktu makan tu waktu yang seronok untuk dia . Makan sikit takpe yang penting kerap .
30 minit hingga 60 minit sebelum makan jangan bagi minum susu atau snek , lalai kan anak dengan buat aktiviti yang anak suka . Kalau perlu , masa nak sedia kan makanan untuk anak boleh ajak anak untuk bantu sekali . Nanti anak lagi teruja nak makan , sebab makanan tu anak bantu sedia kan .
Eksperimen kan apa makanan yang anak suka , nanti boleh utama kan makanan yang anak suka makan tu . Boleh jugak cari resepi untuk anak dan olah ikut keperluan anak , yang penting kena kreatif .
Nie pun mungkin penting , sedia kan set makan khas untuk anak . Pinggan yang cantik ada gambar kartun kegemaran anak pun boleh bantu tarik minat anak untuk makan . Gelas atau botol air yang memudah kan untuk anak minum pun membantu .
Dan yang ini pun mungkin perlu . Bagi bonus atau hadiah untuk anak , contoh nya kalau anak habis kan makanan . . bawak anak ke taman permainan atau buat sebarang aktiviti yang anak suka .
Baca lagi