Bayi xde selera makan, hati risau..
Nak tanya ibu2 ada x maslah anak umur 7 bulan hingga 11 bulan payah nak mkan.. Saya sangat risau, anak saya dah 5 hari x mahu mkn nasi bubur, bergantung pd susu bila di paksa nagis sampai muntah2.. Dah bagi ubat selera makan tetap juga sama.. Anak saya menyusu badan.. Mcm2 saya buat mee, ubi kentang puri, bubur bermacam jenis.. Biskut makan tapi sikit itu pom saya paksa bagi habis.. Lempeng nasi dye mkn sikit.. Tapi kenyang ke mcm tu🤔😥😔 #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #seriusnanya
Anak saya pernah jugak macam tu , sekarang umur dah nak masuk 3 tahun . Alhamdulillah dari tak nak makan dah mintak makan . Bagi makanan yang anak suka makan dan boleh terima . Contoh nya sis kata anak suka makan lempeng nasi , sis cuba olah tambah bahan lain supaya anak boleh terima pelbagai khasiat dari bahan - bahan yang di campur . Boleh tambah susu jugak dalam tu , kalau anak tak minum susu lain boleh jer masuk kan susu badan . Paling penting jangan pernah paksa anak untuk makan , lagi di paksa lagi dia taknak makan . Kalau boleh jadi kan waktu makan tu waktu yang seronok untuk dia . Makan sikit takpe yang penting kerap . 30 minit hingga 60 minit sebelum makan jangan bagi minum susu atau snek , lalai kan anak dengan buat aktiviti yang anak suka . Kalau perlu , masa nak sedia kan makanan untuk anak boleh ajak anak untuk bantu sekali . Nanti anak lagi teruja nak makan , sebab makanan tu anak bantu sedia kan . Eksperimen kan apa makanan yang anak suka , nanti boleh utama kan makanan yang anak suka makan tu . Boleh jugak cari resepi untuk anak dan olah ikut keperluan anak , yang penting kena kreatif . Nie pun mungkin penting , sedia kan set makan khas untuk anak . Pinggan yang cantik ada gambar kartun kegemaran anak pun boleh bantu tarik minat anak untuk makan . Gelas atau botol air yang memudah kan untuk anak minum pun membantu . Dan yang ini pun mungkin perlu . Bagi bonus atau hadiah untuk anak , contoh nya kalau anak habis kan makanan . . bawak anak ke taman permainan atau buat sebarang aktiviti yang anak suka .
Baca lagiIni pendapat dan pengalaman saya la. Rule yang paling penting sekali. Jangan sesekali paksa atau marah anak bila tak mahu makan atau makan tak habis. Secara tak langsung akan buat anak trauma untuk makan dan anggap makan atau makanan tu suatu yang menakutkan bagi anak. Anak tak habis takpe, nanti boleh suap lagi. Anak taknak makan takpe, nanti boleh offer lagi. Jadual makan perlu ada. Ini penting, nanti anak boleh adapt dan tahu waktu makan itu apa. Libatkan anak waktu makan bersama-sama awak dan suami. Satu hari sekali pun takpe. Anak ni umpama sponge. Mudah untuk absorb apa yang dia nampak. Bila anak tengok kita parents makan, anak akan curious dan cuba untuk makan. Menu dan tekstur makanan memang kena pelbagaikan dan try and error. Bila anak tak sihat atau nak tumbuh gigi waktu ni la kita kena tackle selera makan anak. Kenali sumber karbo, protein, lemak, mineral. Macam awak kata anak taknak makan nasi bubur, awak buat menu lain. Contoh mashed potato (karbo), mashed pumpkin (karbo), pasta (karbo). Anak saya sebulan taknak makan nasi tapi saya tak panik. Saya masak kan spaghetti, mashed pumpkin + ayam, mee sup ini antaranya. Be strong 💪
Baca lagisama je mcm ank sy.. dri 6 smpai 8 bulan mkn main2.. bubur lembik tu dia dah xnk. sumsum pon xnk. mmg dia loya . dia nk tekstur kasar. mcm nsi butir kita makan. dan dia pandai kluarkan balik mknn tu.. sy pon dah buat mcm2.. pasta,bihun,mee. sama je.. waktu mkn xboleh paksa. nnti dia trauma.. cukup dia palig muka,nangis..dah.. jgn paksa.. waktu kita mkn suami isteri cuba suap lenyek2 nsi tu.. sy dah smpai tahap jumpa dr 😂 dr ckp bawah stahun ni mmg susu mknn utama dia. mknn solid tu smua sampingan.. Alhamdulillah la berat masih on track walaupun mnyusu bdn.. cuma tu la. mcm sy risau dia punya nk asah skill smua tu tkut effect sbb dia reject mkn..
Baca lagiMakan sikit sikit masih okay mommy. Anak saya pun pernah tak berapa nak makan. Takda nak cakap normal tkda selera makan. Tapi cuba mommy jangan terlalu stress. Memang risau tapi kena ajak lagi anak makan sama dan enjoy dengan makanan. Kena banyak sabar
cube buat puree buah atau sayur.
Anak saya nak buah segar je, saya masukkan dalam fruit feeder. Bagi bubur, makan sikit. Pening.