Minum air gula

Nak tanya ada tak sini mommy yg tak minum air gula time pregnant ? Sejarah fam okay takda risiko, sy dpt tarikh utk minum air gula sbb dh lebih umur 25 tahun tp suami tak bg sy pergi. Haritu dh terlepas tarikh kiranya kalau dic tanya ckp je nak puasa. Entahla sy ok je mana2. Suami tak bg sbb nya ada kenalan dia yg doc bgtau dlm air gula tu ada campuran babi. Sbb doc yg dia kenal tu rapat dgn kenalan doc2 cina. Perubatan cina. Sy tertanya la ok ke kalau tak ambik air gula ? Sy igt nak buat sendiri test time raya nnt kan byk mkn manis. 2 jam sebelum sy berpuasa, sy akn ambik test darah, lepastu 2 jam lepas mkn sy akn test sendiri lg. Valid tak😂#bantusharing #firstmom

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Klu buka buku di kk, wajib minum air gula sekali. Itu cara mereka nk detect sama ada organ pancreas kita blh kawal gula yg berlebihan atau tak. Kalau detect gdm, ada cara utk kawal drpd jd lebih teruk (diet or insulin). Plus mereka ada strict guideline utk detect sama ada awk ada gdm atau tak. Semua result akn melalui makmal & di sahkan oleh medical officer. Klu buat sendiri, siapa nk sahkan? Silap2 mmg kena marah dgn dktor/nurse. Slow talk dgn suami, kk bukan suka2 nk bg ibu mengandung minum air gula. Niat kita minum air gula utk lindungi diri & kandungan kita dari bahaya yg kita sendiri tak tahu.

Baca lagi
3y ago

setuju

First time dengar air gula ada campuran babi. 😂 masa minum dulu rasa manis je takde pulak rasa benda lain 😅 macam ni la sis. Sis rasa nak ikut cakap suami, go on. Apa yang dr suruh tu biasa yang terbaik untuk sis & baby. Saya pregnant 4 bulan & dr dah cakap nanti bulan depan dah nak kena minum air gula sebab pernah ada kes baby meninggal dalam perut masa 8 bulan. Bila check rupanya mak ada gdm. Biasa swasta tak check kalau nampak macam takde risiko. Tapi lepas kes tu, memang hospital tu buat juga macam kk. Check semua mak yang 25 tahun ke atas 😊

Baca lagi

Saya dulu first pregnant xpernah minum air gula walau ade sejarah fam kencing manis... untuk second pregnant nie nurse suruh minum sebab umur dah lebih 25 tahun dan ade ayah saya ade kencing manis... saya pun seram jugak nak minum air gula,sebab banyak baca lepas minum akan muntah balik...😅tapi nak tak memang ke minum... tak ada rase ape pun..minum cepat2 mase suam.. minum dengan niat untuk kita dan baby, insya-Allah dipermudahkan... result pun alhamdulillah ok... 😊

Baca lagi
3y ago

Haha sama lah sy minum teguk sikit2, tak mampu tonggak terus 1 shot mau loya rasa..bila minum sikit2 dia rasa macam manis2 gitu jek..lepas tu kena marah dgn sister sebab sy sorang jek minum tak habis lagi 😅😂

tak valid test sendiri mcm tu. air gula di kk tu dh sukat brapa gram , tak silap 75g. even klu sis sukat sendiri pun brapa bnyk gram gula tu, utk documentation dlm buku pink, mesti nurse kna tgk sis minum air gula cara btul ke, brapa bacaan. Pelik skit suami kta ada campuran babi, air gula je knapa logiknya nk campur babi?? Ni smua screening utk nk detect awal dan avoid komplikasi kencing manis. Saya nasihatkn sila pegi je minum air gula kt kk/clinic demi keselamatan diri dan bayi.

Baca lagi
TapFluencer

Haha.. Maaf ya gelak tang air gula ada campuran babi. Nak pengesahan, minta suami buat aduan pada JAKIM. Slow talk dgn suami, setakat percaya kata kenalan kepada doktor yg kenalannya doktor Cina, itu pun dia percaya? Slow talk dgn suami OK, babi tak salah pun... Yg salah ialah cara kita menyebarkan cerita yg entah betul benar atau tidak. Apapun slow talk dgn suami ok. Tak pun tunjuk je komen2 dlm ni.. . #Tabayyun!

Baca lagi

begitu sis cuba pergi minum air gula ke kenalan doktor cina dimaksudkan. mugkin di pihak dia, dia kata air gula dia bagus dan elok. pergi swasta ke kerajaan ke, nurse tak kisah buat kat mana2. janji nurse nak tahu keputusan air gula. buat dekat swasta pun, ada pengesahan doktor. apa2 isu masa bersalin, doktor pakar akan semak buku pink kita.

Baca lagi

susah juga jenis dengar kata kawan,mak cik,jiran la,kawan la... agak2 la dalam air gula nak letak babi...ingat dokter dengan nurse tu xde keje agak nya nak bagi babi.. air tu 100% gula..dah tahun 2022 pon masih ada pemikiran macam ni.. hati- hati la makan gula kat rumah tu,kot2 ada babi juga tu...🙄

Aduhaii, first time ni dengar air gula kat kk ada campuran babi. Doc suruh minum air gula tu ada sebab²nya bukan saja² sis. Ada sesetengah ibu ada kencing manis masa mengandung, bahaya untuk baby kalau ibu ada kencing manis masa mengandung.

3y ago

Ye betul, kencing manis ni senyap2 boleh membunuh anak dlm kandungan itu apa yg nurse explain pada saya la untuk tambah ilmu, sbb ada sorang akak ni duduk sebelah saya tadi dia ada kencing manis, saya baru lpas checkup pagi tadi. Tu dari situ saya dgar explain dari nurse tntg kencing manis

sis. kalau rasa tak nak minum air gula .. sis pun perlu elakkan makan makanan manis okay . just for baby punya safety. then sediakan yg alat cek darah sendiri . pastikan jangan lebih had . takut sis tak nak minum air gula. tapi test makan sendiri guna kuih tambah mudarat pada baby.

3y ago

thankyou so much sis bg info dkt sy dgn baik 🥰

air gula penting sis untuk minum waktu mengandung ..campuran B-#&# tu xpernah dgr lg ad . xkn doktor nk bg kita minum kalau ad . dan mustahil akan ad benda tu😂😂 nnti makin berisiko siss