Nak tanya ada sesiapa bagi anak minum susu ni tak? Anak saya dah nk msuk 4m, susu badan sy dah tak berapa ada, breast sebelah lagi pun dah kosong trus. Tapi anak saya suka minum susu badan. Dia tetap isap tp kesian dia marah2 pukul2 sebab susu dah takde. Biasa lepas susu badan pn sy kena stanby susu fm sbb dia masih lapar. Badan dia agak chubby dan makin perlukn byk susu. Sy dah cuba bagi dia s26 gold tapi dia mcm tak berapa suka. Dia suka tolak tapi tetap minum sikit2 mcm terpaksa sbb lapar. Selalunya 2oz pun susah habis.
So sy nak tanya betul ke susu morinaga ni rasanya hampir sama dgn susu ibu? Ada anak2 mommies yg tolak susu ni atau ada masalah dgn susu ni tak? Sy nak cuba tapi nak tanya pendapat mommies dlu berkenaan susu ni. Anak mudah berak tak? Anak sy cuba s26 gold mcm susah berak, 2-3 hari baru berak. Jangan kecam saya ye mommies sbb tak boleh teruskan bagi susu badan. Saya cuma nak tau pasal brand susu ni aje sebelum beli. TQ momies.